Oleh: NUR ALIA ZAHIRAH ZAINON HAMZAH TAI dan DR PAU KEE
Taiwan, 24 Februari 2026- Universiti Pendidikan Sultan Idris memperkukuhkan agenda pengantarabangsaan menerusi pelaksanaan International Mobility Programme (Outbound) Taiwan-Japan-Malaysia yang berlangsung di National Taiwan Normal University (NTNU), Taiwan bermula 24 Februari hingga 9 Mac 2026.
Program selama dua minggu ini bertemakan “Next-Generation Global Leadership Development Program” yang memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan generasi baharu dalam konteks global.
Selaras dengan tema berkenaan, pengisian program dirangka secara komprehensif bagi membentuk mahasiswa berfikiran strategik, berdaya tahan serta mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran antabangsa yang dinamik.



Program ini melibatkan penyertaan mahasiswa daripada Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) serta Fakulti Seni Kelestarian Industri Kreatif (FSKIK).
Menariknya, program kali ini bukan sahaja disertai oleh pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, malah turut disertai dua orang mahasiswa pasacasiswazah di peringkat Sarjana.
Delegasi UPSI terdiri daripada sembilan orang mahasiswa yang diiringi oleh 4 orang pensyarah, bersama dua orang mahasiswa dari Kanazawa University, Japan serta mahasiswa/I dari National Taiwan Normal University, sekali gus memperkukuh jaringan kolaborasi akademik tiga hala antara Malaysia, Taiwan dan Jepun.
Pelaksanaan program ini bertujuan memperluas pendedahan antarabangsa mahasiswa melalui pertukaran pengalaman, perkongsian amalan terbaik serta penjanaan idea baharu yang memberi manfaat kepada institusi terlibat.
Selain itu, program ini dirangka untuk meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap budaya akademik dan suasa kampus antarabangsa, memupuk kemahiran komunikasi rentas budaya dan kepimpinan global, serta melahirkan graduan yang berfikiran kritikal, berdaya saing serta berkeyakinan tinggi dalam menghadapi cabaran global.
Dalam sesi taklimat alu-aluan pada hari pertama, Prof. Sung Hui-Ling selaku wakil pihak NTNU telah menyatakan:
“Kami amat berbesar hati menerima kedatangan delegasi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kanazawa University ke National Taiwan Normal University. Program ini bukan sekadar pertukaran pelajar, tetapi satu jambatan ilmu dan persahabatan antara negara. Kami yakin para peserta merupakan mahasiswa terbaik yang akan menjadi duta kecil negara masing-masing sepanjang berada di Taiwan.”
Beliau turut memuji komitmen dan kesungguhan para peserta dalam menyertai program mobiliti ini serta berharap kolaborasi ini akan diteruskan secara berterusan pada masa hadapan.
Memetik ucapan Profesor Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia UPSI, beliau menegaskan bahawa:
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan fakulti dan universiti dalam memperkasa agenda pengantarabangsaan. Usaha ini dapat memperkukuh kecemerlangan akademik mahasiswa, malah membentuk modal insan holistik yang memiliki kepekaan global, daya tahan tinggi serta keupayaan untuk bersaing dalam ekosistem pendidikan dan kerjaya antarabangsa.”
Sementara itu, Dr. Pau Kee, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling merangkap Penyelaras Program Mobiliti Antarabangsa, pula menegaskan bahawa kejayaan program ini terhasil daripada sinergi kukuh antara antara pihak pengurusan universiti, fakulti serta komitmen mahasiswa yang terlibat.
“Kejayaan sebenar program ini terletak pada kolaborasi yang kukuh dan semangat kebersamaan semua pihak. Pengalaman yang diraih sepanjang mobiliti ini harus diterjemahkan kepada pembangunan kompetensi diri, kepimpinan serta sumbangan bermakna kepada komuniti dan institusi,” katanya.
Yang turut hadi, Dr Norsayyidatina Che Rozubi, Ketua Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, menegaskan bahawa, “Pengalaman pengantarabangsaan membantu mematangkan pemikiran mahasiswa dalam menghadapi perubahan global yang drastik serta memperkukuh keupayaan adaptasi, daya tahan emosi dan kompetensi interpersonal dalam persekitaran pelbagai budaya.”
International Mobility Programme (Outbound) Taiwan–Japan–Malaysia yang berlangsung di National Taiwan Normal University merupakan satu inisiatif pengantarabangsaan strategik yang dirangka secara holistik, mengintegrasikan dimensi akademik, kepimpinan global, inovasi teknologi serta diplomasi pendidikan rentas negara sepanjang 24 Februari hingga 9 Mac 2026.
Sepanjang program ini, delegasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama pelajar dari Kanazawa University dan National Taiwan Normal University telah mengikuti sesi libat urus rasmi, pembentangan akademik, diskusi strategik dan kolaborasi ilmiah yang menekankan pembangunan kompetensi global serta pemerkasaan jaringan institusi.
Sesi taklimat dan ucapan alu-aluan oleh Prof. Sung menzahirkan komitmen tinggi pihak tuan rumah dalam memperkukuh hubungan dua hala dan tiga hala antara Malaysia, Taiwan dan Jepun.
Beliau menyifatkan penyertaan delegasi UPSI sebagai manifestasi kecemerlangan mahasiswa Malaysia yang berpotensi menjadi pemimpin global masa hadapan serta duta akademik yang memperkukuh reputasi universiti di peringkat antarabangsa.
Sebagai sebahagian daripada komponen kepimpinan global, peserta telah menyertai Science and Technology One-Day Bus Tour di bawah Next-Generation Global Leadership Development Program.
Lawatan eksklusif ke Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) — peneraju industri semikonduktor dunia — serta National Health Research Institute (NHRI) di Hsinchu City dan Miaoli City telah memberikan pendedahan langsung terhadap ekosistem inovasi berimpak tinggi, penyelidikan berteknologi maju serta tadbir urus industri bertaraf global.
Pengalaman ini bukan sahaja memperluas horizon akademik mahasiswa, malah memperkukuh literasi teknologi dan kefahaman terhadap landskap ekonomi berasaskan pengetahuan.
Program ini turut menampilkan sesi pembentangan ilmiah merentas disiplin melibatkan mahasiswa peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana daripada Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) serta Fakulti Seni Kelestarian Industri Kreatif (FSKIK).
Interaksi akademik berimpak tinggi ini memacu pertukaran idea secara kritikal dan progresif, sekali gus membentuk keupayaan komunikasi profesional, pemikiran strategik serta adaptabiliti dalam persekitaran pelbagai budaya.
Selain dimensi akademik, program ini berfungsi sebagai platform diplomasi pendidikan yang memperkukuh kefahaman silang budaya, nilai hormat-menghormati dan kerjasama antarabangsa. Hubungan yang terjalin sepanjang mobiliti ini telah membuka ruang kepada potensi kolaborasi penyelidikan, pertukaran pelajar serta kerjasama institusi secara berterusan pada masa hadapan.


Secara keseluruhannya, pengisian International Mobility Programme (Outbound) Taiwan–Japan–Malaysia ini berjaya merealisasikan agenda pengantarabangsaan universiti secara strategik dan berimpak tinggi.
Program ini bukan sekadar pengalaman mobiliti, malah merupakan pelaburan jangka panjang dalam pembangunan modal insan global yang kompeten, berintegriti dan bersedia mendepani cabaran dunia tanpa sempadan.
Secara keseluruhannya, International Mobility Programme (Outbound) Taiwan–Japan–Malaysia ini telah mencapai objektif yang digariskan dengan jayanya. Program ini bukan sahaja memperluas pengalaman antarabangsa mahasiswa, malah membentuk jati diri yang lebih kukuh, berfikiran global dan bersedia menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan.
Diharapkan program seumpama ini akan terus dilaksanakan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan dalam memperkasa agenda pengantarabangsaan universiti serta melahirkan graduan holistik yang kompeten di peringkat global.

