Cenderamata diserahkan sebagai simbolik penghargaan atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan antara Majlis Perwakilan Pelajar sidang 2025/2026 bersama dengan pergurusan Tertinggi Fakulti Bahasa dan Komunikasi.Cenderamata diserahkan sebagai simbolik penghargaan atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan antara Majlis Perwakilan Pelajar sidang 2025/2026 bersama dengan pergurusan Tertinggi Fakulti Bahasa dan Komunikasi.

Oleh Nazalinda Wanie Mohd Zariea dan Bazli Razak

TANJONG MALIM, 21 Januari 2026– Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan komitmen memperkasa kepimpinan mahasiswa apabila Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI di sini.

Kunjungan berkenaan bertujuan mempererat hubungan dua hala antara kepimpinan pelajar dan pengurusan fakulti, di samping membincangkan agenda kebajikan serta pembangunan akademik mahasiswa secara menyeluruh dan berkesan.

Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Mazura Muhammad berkata kepimpinan pelajar di fakulti itu merupakan asas penting dalam membentuk pemimpin masa hadapan yang berintegriti dan berdaya saing.

Beliau berkata aktiviti serta program fakulti menjadi medium terbaik untuk memupuk perpaduan, meningkatkan kefahaman budaya serta menyemai semangat berdaya saing dalam kalangan pelajar.

“Pemimpin pelajar perlu bersedia memikul tanggungjawab sosial, memainkan peranan aktif dalam pembangunan fakulti serta menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara,” katanya dalam sesi dialog bersama barisan MPP.

Penyertaan MPP dalam kunjungan itu antara lain bertujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan melalui interaksi profesional dengan pihak pengurusan fakulti, selain memberi pendedahan mengenai struktur pentadbiran serta memperkukuh keupayaan komunikasi dan perundingan.

Seluruh Majlis Perwakilan Pelajar dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi bersama dengan Pergurusan Tertinggi Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
Nazalinda dan Syazwana, sebagai wakil Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, telah membangkitkan serta membincangkan beberapa isu berbangkit berkaitan fakulti tersebut.
Perbincangan dua hala bersama Timbalan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Amir Bin Mohd Zahari, serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi  bagi membincangkan isu-isu berbangkit.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan barisan kepimpinan MPP bersama pengurusan fakulti sebelum diteruskan dengan dialog dua hala membincangkan isu kebajikan, akademik dan cadangan penambahbaikan berkaitan mahasiswa.

Sesi perkongsian hala tuju serta perancangan program kolaboratif turut diadakan bagi merangka inisiatif bersama yang mampu memberi impak positif kepada warga fakulti.

UPSI dalam kenyataan memaklumkan kunjungan hormat itu menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama institusi serta memastikan kebajikan dan pembangunan sahsiah mahasiswa sentiasa diperkasa selaras dengan visi universiti.