Sesi bergambar bersama wakil kakitangan zoo negara selepas selesai program dijalankan.Sesi bergambar bersama wakil kakitangan zoo negara selepas selesai program dijalankan.

Oleh : Nur Hazwaniza Izzani Hajarayatin dan Mohamad Basri Jamal

Hulu Klang, Selangor, 3 Januari 2026 – Program KeeperKu Zoo Negara anjuran Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas), Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang diketuai oleh pengarah program iaitu Nur Ellisya Qistina Abd Razak telah membuka pengalaman baharu kepada mahasiswa/i.

Program yang memfokuskan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti kesukarelawanan di pelbagai zon zoo ini telah berlangsung selama satu hari di Zoo Negara, Selangor dengan penyertaan peserta seramai 35 mahasiswa/i UPSI.

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada pelajar, tetapi juga mampu menerapkan nilai kesedaran terhadap alam sekitar dan tanggungjawab sosial mengenai hidupan yang semakin diancam kepupusan.

Gambar pelajar AT58 (ahli jawatankuasa program) selepas selesai menjalankan mesyuarat secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet.
Gambar pelajar AT58 (ahli jawatankuasa program) selepas selesai menjalankan mesyuarat secara fizikal di Bilik Ibu.
Gambar ketibaan peserta di Zoo Negara

Sejak awal perancangan hingga pelaksanaan, seramai 25 ahli jawatankuasa telah memainkan peranan penting dengan memberi semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi.

Perjumpaan dan perbincangan antara ahli jawatankuasa dengan majlis tertinggi program turut dijalankan secara berkala dalam memastikan kelancaran program. Perbincangan ini dilaksanakan secara dalam talian dan juga pertemuan secara fizikal di Bilik Ibu.

Sehinggalah tiba pada tarikh 3 Januari, perjalanan kami diiringi oleh Penasihat Persatuan Pengajian Malaysia iaitu Mohamad Basri Jamal yang menjadi pengiring sepanjang program ini berlangsung.

Gambar pelajar memberi makan kepada capybara.
Gambar pelajar membersihkan kandang haiwan.
Gambar pelajar bersama kakitangan zoo negara.

Perjalanan kami dari UPSI ke Zoo Negara mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dengan menaiki bas. Ketibaan kami di zoo negara disambut dengan mesra oleh kakitangan Zoo Negara yang sangat ramah.

Selain itu, program ini dijalankan bukan sahaja untuk memenuhi tugasan universiti, tetapi juga satu misi untuk membina hubungan yang baik antara mahasiswa/i yang menyertai program ini.

Program KeeperKu Zoo Negara ini telah memberi peluang kepada semua peserta untuk merasai pengalaman menjaga haiwan-haiwan yang terdapat di dalam zoo.

Pengalaman ini mampu mengajar mereka untuk lebih menghargai dan menjaga habitat haiwan yang semakin diancam kepupusan.

Gambar pelajar membersihkan kawasan kandang haiwan.
Gambar pelajar membersihkan kawasan kandang haiwan
Gambar pelajar bersama haiwan selepas membersihkan kandang.

Malahan, mereka juga dapat menambah ilmu pengetahuan dalam mengetahui bagaimana sesuatu spesis haiwan itu dijaga dan dirawat serta bagaimana prosedur untuk memberi makan dan membersihkan kandang haiwan yang mereka jaga sepanjang program KeeperKu ini berlangsung.

Sepanjang program juga, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dilakukan oleh peserta. Mereka dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil dan diletakkan dibeberapa kawasan kandang haiwan zoo.

Program ini turut menyokong matlamat Sustainable Development Goals (SDG) terutamanya dalam aspek pendidikan berkualiti (SDG 4), kesaksamaan gender (SDG 5), kehidupan dalam air (SDG 14) dan kehidupan di darat (SDG 15) .

Gambar pelajar semasa menaiki kenderaan untuk mengantar makanan kepada haiwan zoo.
Gambar pelajar membersihkan sampah di sekitar kawasan zoo.
Gambar pelajar sebelum memberi makan kepada haiwan zoo.

Ia memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk memahami peranan sebenar dalam pendidikan dalam membina masyarakat yang seimbang yang bukan sahaja dari segi ilmu pengetahuan, tetapi juga dari sudut nilai, empati dan tanggungjawab sosial.

Tambahan pula, melalui program ini, mahasiswa/i juga dapat belajar bagaimana untuk menguruskan serta menjaga haiwan yang hidup di darat dan air sesuai dengan matlamat SDG 14 dan SDG 15.

Sebelum meninggalkan Zoo Negara, Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) turut memberikan cenderahati kepada pihak zoo sebagai kenang-kenangan yang berupa plak penghargaan.

Gambar pelajar bersama kakitangan zoo negara.
Gambar pelajar semasa membersihkan kawasan kandang haiwan.
Gambar pelajar membersihkan kawasan kandang haiwan.

Sebagai mahasiwa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris, pengalaman ini mengingatkan kami akan tanggungjawab sebagai pendidik di masa hadapan.

Kami bukan sekadar menyampaikan ilmu kepada generasi akan datang tetapi turut mengambil bahagian dalam mencorak keperbadian mereka.

Pengalaman menjadi zoo keeper merupakan pengalaman yang luar biasa yang boleh di ceritakan kepada generasi seterusnya untuk terus mencintai dan menjaga habitat fauna yang wujud dalam negara kita.

Melalui pengalaman berharga ini juga, kami belajar untuk lebih menghargai hidupan alam yang semakin lama semakin diancam kepupusan.

Keberhasilan program ini adalah usaha kesemua pihak yang bertanggungjawab iaitu daripada pengarah program ini sendiri, Ellisya Qistina Abd Razak dan barisan majlis tertinggi serta kesemua barisan ahli jawatankuasa program KeeperKu Zoo Negara.

Program ini turut disokong oleh Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Malaysia iaitu Dr. Muhammad Nadzir Ibrahim dan Penasihat Persatuan Pengajian Malaysia iaitu Mohamad Basri Jamal.

Program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan sumbangan dari dalam iaitu kerjasama yang diberikan oleh pihak UPSI.

Gambar sesi penyampaian cenderahati kepada pihak Zoo Negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Jabatan Pengajian Malaysia (JPM) dan Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) atas pemberian dana bagi menjayakan program ini.

Sesungguhnya program ini bukan hanya meninggalkan kenangan manis, tetapi turut membentuk peribadi mahasiswa/i yang mencintai alam sekitar dan hidupan liar.

“KeeperKu Zoo negara” menjadi simbol keprihatinan dan kasih sayang mahasiswa/i terhadap hidupan yang berada di Zoo Negara. Semoga nilai-nilai yang diperoleh daripada pengalaman ini akan terus dijadikan pedoman walau di mana kami berada.