Seluruh peserta Student Leaders Solidarity Camp 2025 bersama VIP di Koisaan Cultural Village (KCV), Penampang, Sabah.Seluruh peserta Student Leaders Solidarity Camp 2025 bersama VIP di Koisaan Cultural Village (KCV), Penampang, Sabah.

Oleh Nurizzah Syahirah Mohd Rahim

PENAMPANG, SABAH, 19 Disember 2025 — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus komited melahirkan pemimpin mahasiswa yang berdaya saing dan berwawasan melalui penyertaan aktif dalam program kepimpinan peringkat kebangsaan.

Seramai lima wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI telah menyertai Student Leaders Solidarity Camp 2025yang berlangsung dari 16 hingga 19 Disember 2025 di Koisaan Cultural Village (KCV), Penampang, Sabah. Program ini menghimpunkan pemimpin pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi sebagai platform memperkukuh jaringan kepimpinan, perpaduan serta kefahaman antara budaya.

Program berkenaan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kabinet Sabah, YB Jordan Jude Ellron yang menegaskan bahawa kepimpinan pelajar merupakan asas penting dalam pembentukan pemimpin masa hadapan negara.

Menurut beliau, program seperti Student Leaders Solidarity Camp menjadi medium terbaik untuk memupuk nilai perpaduan, kefahaman budaya serta semangat kebangsaan dalam kalangan pemimpin muda.

YB Jordan Jude Ellron menyempurnakan Majlis Penutup program.

Nurul Huda binti Ashikin menerima Unity Ambassador Award (Kategori Wanita).

Wakil Majlis Perwakilan Pelajar UPSI semasa program berlangsung.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk latihan kepimpinan, aktiviti kebudayaan, perbincangan kumpulan serta aktiviti luar yang menekankan semangat kerjasama dan toleransi.

Kemuncak program menyaksikan wakil MPP UPSI Sidang 2025/2026, Nurul Huda binti Ashikin menerima Unity Ambassador Award (Kategori Wanita) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan nilai perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen UPSI dalam membentuk barisan pemimpin mahasiswa yang holistik, berjiwa nasional serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.