Ketua Menteri Sabah menyampaikan ucapan perasmian majlis.Ketua Menteri Sabah menyampaikan ucapan perasmian majlis.

Oleh Bonaventure Kinlius

KOTA KINABALU, 12 Februari 2026 — Kerajaan Negeri Sabah terus menunjukkan komitmen dalam menjaga kebajikan mahasiswa Sabah di perantauan melalui pelancaran Inisiatif Bantuan Graduan Rindu Sabah / Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS/SUBFLY) 2026.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor yang menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia.

Inisiatif SUBFLY diperkenalkan bagi membantu mahasiswa Sabah mengurangkan kos tiket penerbangan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, sekali gus meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh pelajar.

Dalam konteks Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI khususnya wakil etnik Sabah memainkan peranan sebagai penghubung antara kerajaan negeri dan mahasiswa Sabah di universiti tersebut.

Sepanjang majlis berlangsung, para peserta diberikan penerangan mengenai mekanisme permohonan bantuan SUBFLY termasuk syarat kelayakan serta manfaat yang boleh diperoleh oleh pelajar.

Penglibatan wakil MPP UPSI dalam program ini turut memperkukuh hubungan kerjasama antara kepimpinan mahasiswa dan Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan kebajikan mahasiswa Sabah terus diberi perhatian.