Barisan Majlis Perwakilan Pelajar bersama pengurusan utama UPSI.Barisan Majlis Perwakilan Pelajar bersama pengurusan utama UPSI.

Oleh Adila Munshi

TANJONG MALIM, 20 November 2025 — Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sidang 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai simbol rasmi penyerahan amanah kepimpinan mahasiswa kepada barisan kepimpinan baharu.

Majlis tersebut menandakan permulaan rasmi peranan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai wakil suara mahasiswa serta penghubung antara pelajar dan pihak pentadbiran universiti.

Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff dalam ucapannya menegaskan bahawa kepimpinan mahasiswa memainkan peranan penting dalam membentuk budaya kepimpinan yang positif dalam kalangan pelajar.

Beliau turut menyeru barisan kepimpinan MPP yang baharu dilantik agar menjalankan amanah dengan penuh integriti, dedikasi dan tanggungjawab demi memastikan kebajikan serta aspirasi mahasiswa sentiasa diberi perhatian.

Majlis tersebut turut menyaksikan upacara ikrar kepimpinan serta penyampaian watikah pelantikan kepada setiap wakil Majlis Perwakilan Pelajar yang telah dipilih.

Ucapan oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar UPSI Sidang 2025/2026.

Amanat oleh Naib Canselor UPSI semasa majlis berlangsung.

Majlis ikrar kepimpinan MPP UPSI Sidang 2025/2026.

Melalui pelantikan ini, barisan kepimpinan MPP UPSI Sidang 2025/2026 secara rasmi menerima tanggungjawab untuk memperjuangkan kepentingan mahasiswa serta menyumbang kepada pembangunan universiti secara menyeluruh.