Oleh: Nurul Izzani Azizan, Prof. Madya Dr. Nurul Akmal Mohamed, Dr. Nurul Hila Zainuddin, Siti Aisyah Abdul Rahman, Che Ainun Yasmin Che Juhan, Intan Zahira Mohd Nor

Tanjong Malim, 11 April 2026 – Satu sesi pertemuan bersama penasihat akademik iaitu Prof. Madya Dr. Nurul Akmal binti Mohamed dan Dr. Nurul Hila binti Zainuddin telah diadakan bagi membantu pelajar merancang dan memperkukuh hala tuju pembelajaranmereka secara lebih tersusun dan berfokus.

Program ini merupakan Perjumpaan antara Penasihat Akademik, Prof. Madya Dr. Nurul Akmal Mohamed yang merupakan penasihat akademik pelajar AT14 dan Dr. Nurul Hila binti Zainuddin yang merupakan penasihat akademik bagi pelajar AT48 bersama pelajar semester 7 daripada program AT14 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan Kepujian dan AT48 Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian, Kohort A222.

Program ini berlangsung dalam suasana yang kondusif serta memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan bimbingan secara langsung.

Pertemuan ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang mengenai prestasi akademik, cabaran pembelajaran serta strategi yang boleh digunakan untuk meningkatkan pencapaian.

Penasihat akademik memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, seterusnya membantu mereka merancang pendekatan pembelajaran yang lebih berkesan.

Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai perkara berkaitan pelajaran telah dibincangkan, termasuk teknik pengurusan masa, kaedah ulang kaji yang sistematik serta cara memahami subjek yang mencabar.

Bimbingan yang diberikan membantu pelajar membina keyakinan diri dan memberi panduan yang jelas dalam merancang perjalanan akademik mereka.

Secara keseluruhannya, pertemuan ini diharap dapat melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing, berdisiplin serta mempunyai hala tuju yang jelas dalam pembelajaran.

Sesi ini juga menjadi medium penting dalam mengukuhkan hubungan antara pelajar dan penasihat akademik demi mencapai kecemerlangan akademik yang berterusan.