oleh Nurfatini Izzati dan Rabiatun Adawiyah
Tanjong Malim, 5 Jun 2026 – Bengkel Parlimen Mahasiswa UPSI Siri 2026 merupakan sebuah program pembangunan kepimpinan dan pengukuhan kemahiran berparlimen yang dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sistem demokrasi, tatacara persidangan serta amalan perbahasan yang berkesan. Bengkel ini bertujuan melahirkan mahasiswa yang berpengetahuan, berfikiran kritis serta mampu menyuarakan pandangan secara profesional dan beretika dalam platform perwakilan pelajar.
Bengkel ini telah menghimpunkan wakil pelajar yang berperanan sebagai suara mahasiswa dalam membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan, akademik dan pembangunan universiti. Melalui pendekatan teori dan amali peserta diberikan peluang untuk memahami dengan lebih mendalam prosedur persidangan dewan serta peranan yang dimainkan oleh setiap ahli dalam sesebuah persidangan.
Antara pengisian utama bengkel ini ialah slot penerangan berkaitan Standing Order yang memberi fokus kepada peraturan, tatacara dan etika persidangan dewan. Selain itu, peserta turut mengikuti slot perbahasan yang memberi penekanan terhadap teknik penyampaian hujah, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan strategi perbahasan yang berkesan. Bengkel ini menunjukkan simulasi perbahasan ahli dewan yang memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam suasana persidangan yang menyerupai situasi sebenar. Secara keseluruhannya, Bengkel Parlimen Mahasiswa UPSI Siri 2026 berjaya menjadi platform pendidikan yang berkesan dalam memperkasakan budaya intelektual, kepimpinan serta amalan demokrasi dalam kalangan mahasiswa, sekali gus melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa, berintegriti dan berdaya saing.
Program Bengkel Parlimen Mahasiswa UPSI 2026 bertujuan memantapkan kemahiran komunikasi retorik dan wacana intelektual dengan melatih barisan pemimpin mahasiswa untuk menguasai seni penyampaian hujah secara kritis, matang, dan berimpak tinggi dan memupuk budaya kepimpinan berintegriti dan pengurusan konflik yang bijak seperti menanamkan nilai-nilai etika, akauntabiliti, dan profesionalisme dalam diri.



Program ini merupakan latihan kepimpinan intensif, bersasar, dan platform berprestij dengan bertujuan untuk memberikan pendedahan serta kefahaman yang lebih mendalam mengenai peranan, tatacara persidangan, serta etika sebagai Ahli Dewan. Sebagai sebuah institusi menara gading yang memikul mandat melahirkan barisan pendidik, cendiakawan, dan pemacu pimpinan masa hadapan negara.
Bengkel ini dimulai dengan sesi perkongsian oleh tiga orang panel jemputan iaitu Muhammad Afizi Zazani Bin Muddin dari MPP sidang 2023/2024 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Muhammad Nor Azlan Bin Yusof yang merupakan Pendebat Terbaik dalam Debat Diraja Antara IPT tahun 2022 yang telah berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka berkaitan topik yang dibincangkan.
Kejayaan bengkel ini tidak akan tercapai tanpa sokongan, penglibatan dan komitmen padu daripada semua ahli dewan. Justeru itu, pihak kami ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dan sudi menghadiri bengkel ini.

