Oleh Muhammad Amirul Muhaimin

Tanjong Malim, 10 September 2026- Pusat Islam UPSI telah menganjurkan Bicara Santai 3A: Mahasiswa Cemerlang Menjaga Diri Agama & Masa Hadapan untuk Pelajar Diploma Semester 1 Sesi 26/27. Menampilkan 2 orang penceramah iaitu Al-Fadhil Ustaz Meor Amin Nurrasyid Bin Meor Azhar, Penguatkuasa JAIPK Daerah Mualim serta Dr. Muhamad Daniel Bin Salim, Pengerusi I-Medik Perak,Pakar Perubatan Awam (PRA-WARTA)

Program dimulakan sekitar jam 8.00 malam dengan sesi taaruf bersama peserta sebelum diteruskan dengan pengisian ilmiah di Ruang solat utama Masjid Al-Mursyidin. Program ini mendapat sambutan yang memberansangkan dengan penyertaan pelajar diploma sesi 2026/2027 yang hadir bagi menimba Ilmu dari para Murabbi.

Dalam Slot Pertama Ustaz Meor Amin Nurrasyid memberikan pendedahan yang mendalami mengenai menjauhi maksiat daripada pelbagai aspek. Antara pengisian yang diketengahkan termasuklah apakah yang dimaksudkan dengan dosa dan maksiat, pembahagian maksiat serta bagaimana maksiat itu bermula.

Pengisian ini juga menyentuh berkaitan bagaimana cara untuk menghindari maksiat, Enakmen kesalahan jenayah syariah. Penjelasan yang berkaitan juga berjaya memberikan kefahaman yang jelas terhadap peserta tentang bahayanya sebuah maksiat.

Dalam Slot kedua yang menampilkan Dr. Muhammad Danial dengan sesi  penyampaiannya yang berkaitan tentang Pendidikan Seksual terhadap remaja . Antara perkara yang diketengahkan beliau adalah tentang bahaya hubungan bebas, isu kecelaruan jantina, perbezaan ransangan terhadap individu.

Pada pengisian kedua ini beliau juga menekankan tentang punca berlakunya hubungan bebas, penyakit yang akan berjangkit kepada pelaku, garis panduan terhadap individu ,bagaimana tercetus hubungan sonsang. Perkara ini justru memberikan kefahaman yang baik kepada peserta terhadap bahaya hubungan  bebas terhadap mahasiswa

Secara keseluruhannya program ini bukan sahaja dapat membuka ruang kepada peserta terhadap kepentingan menjaga diri tetapi dapat menerapkan aspek tanggungjawab terhadap diri sendiri dan agama.