oleh Zareth Zukrina Zainudin

Tanjong Malim, 17 September 2026: Pusat Islam telah menganjurkan Program 3A Degree Sesi 26/27 yang telah berlangsung pada 17 September 2026 bertempat di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Program ini memberi ilmu dan pengetahuan agama kepada para pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Ambilan 2026/2027 agar sentiasa menjaga akhlak, adab dan maruah diri di samping mengejar kecemerlangan akademik.

Program ini juga mampu menjadi nasihat dan peringatan yang penting kepada pelajar baharu agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya-budaya negatif dan sentiasa berpegang kepada syariat Islam agar dapat melahirkan pelajar yang berprinsip dan berwibawa.

Majlis dihadiri oleh penceramah, Ustaz Muhammad Syafiq bin Abdul Hamid selaku Penolong Penguatkuasa Agama (Penyelaras Operasi JAIPK), turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Ali Abdul Malek selaku Penasihat Kelab Al-Mursyidin dan Ustaz Haji Muhammad Tarmizi bin Abd Rahman selaku Pengarah Pusat Islam serta para kakitangan Pusat Islam yang sekaligus melengkapkan lagi program ini.

Semoga penganjuran Program 3A Ijazah Sarjana Muda ini dapat meningkatkan penghayatan rohani serta membentuk mahasiswa UPSI yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.