Soft-Opening Wellness Café dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pembangunan ManusiaSoft-Opening Wellness Café dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pembangunan Manusia

Oleh: Prof. Madya Dr. Nurul ‘Ain Mohd Daud dan Azzahra Izzati Azahari

Tanjong Malim, 18 Jun 2025 – Wellness Café merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk menyediakan persekitaran santai, selamat dan menyokong kesejahteraan mental warga kampus serta memberi peluang kepada pelajar menjana kemahiran pekerjaan melalui skim pelajar bekerja.

Pelaksanaan ini turut selari dengan pendekatan intervensi psikososial secara tidak formal melalui ruang santai dan interaksi sosial sihat.

Konsep perniagaan ini adalah Grab-and-Go Sihat, Mampu Milik di mana pelanggan boleh membeli set makanan dan minuman tanpa menunggu lama. Semua makanan akan dibungkus secara terus oleh vendor dan dihantar ke kiosk setiap hari mengikut permintaan.

Selain menjana pendapatan untuk menyokong aktiviti kesejahteraan pelajar, Wellness Café juga akan menjadi platform keusahawanan yang boleh melibatkan pelajar dalam pengurusan, operasi, dan promosi perniagaan sebenar.