Mahasiswa sedang bersedia bagi melaksanakan tugasan sebagai pencipta kandungan. / Gambar oleh Syamima Majmin Mohd ArshadMahasiswa sedang bersedia bagi melaksanakan tugasan sebagai pencipta kandungan. / Gambar oleh Syamima Majmin Mohd Arshad

Oleh Syamima Majmin Mohd Arshad & Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

19 Disember 2025

Perkembangan media digital hari ini membuka banyak peluang baharu kepada mahasiswa, terutamanya dalam bidang penciptaan kandungan atau *content creator*. Platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube bukan lagi sekadar medium hiburan, malah menjadi ruang untuk berkongsi ilmu, membina personal branding dan menjana pendapatan.

Ramai mahasiswa kini menggunakan media sosial untuk menghasilkan kandungan berbentuk pendidikan, motivasi, gaya hidup dan pengalaman sebagai pelajar. Kandungan yang ringkas, kreatif dan mudah difahami ini mendapat sambutan tinggi, khususnya dalam kalangan generasi muda. Selain menambah keyakinan diri, aktiviti ini juga membantu mahasiswa mengasah kemahiran komunikasi, penulisan dan pengurusan masa.

Menurut seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial), Siti Maisarah Joha,  penglibatan pelajar sebagai content creator boleh menjadi satu perkembangan positif. Beliau berpendapat bahawa media digital memberi ruang kepada pelajar untuk menyampaikan mesej secara kreatif dan beretika, selari dengan keperluan industri komunikasi masa kini. Kemahiran ini juga menjadi nilai tambah apabila mahasiswa memasuki alam pekerjaan kelak.

Selain itu, menjadi content creator membolehkan mahasiswa membina portfolio awal sebelum bergraduasi. Pengalaman mengurus akaun media sosial, memahami audiens dan menghasilkan kandungan berkualiti memberi kelebihan berbanding graduan lain yang hanya bergantung kepada pencapaian akademik.

Mahasiswa UPSI, Siti Maisarah Joha ditemu bual mengenai manfaat menjadi content creator dalam akademik dan membina portfolio. / Gambar Syamima Majmin

Walau bagaimanapun, mahasiswa perlu bijak mengimbangi masa antara penghasilan kandungan dan tanggungjawab akademik. Etika penggunaan media sosial juga perlu dijaga agar kandungan yang dihasilkan memberi impak positif kepada masyarakat.

Kesimpulannya, dunia digital menawarkan peluang kerjaya yang luas kepada mahasiswa yang kreatif dan berinisiatif. Dengan penggunaan media sosial secara bijak, mahasiswa bukan sahaja dapat menimba pengalaman, malah mampu membina masa depan kerjaya yang lebih cerah dalam bidang komunikasi dan media digital.