Gambar senarai Panel bagi Sesi ForumGambar senarai Panel bagi Sesi Forum

Oleh: Ummar Mubasyir Afandi

TANJUNG MALIM, 2026 – Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (KAHS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Forum AI: “Journey into the Algorithm” yang berlangsung dengan jayanya secara dalam talian melalui platform Google Meet.

Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (KAHS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya menganjurkan Forum AI: “Journey into the Algorithm” secara dalam talian menerusi platform Google Meet.

Program ini menjadi ruang perkongsian ilmu yang menghimpunkan pandangan pensyarah dan mahasiswa mengenai peranan serta penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam dunia pendidikan masa kini.

Forum ini turut memberi pendedahan tentang kepentingan penggunaan AI secara beretika dan berhemah, selari dengan perkembangan teknologi digital yang semakin meluas dalam kalangan pelajar universiti.

Melalui sesi perbincangan yang santai dan interaktif, peserta berpeluang menilai potensi serta cabaran penggunaan AI, khususnya dalam memastikan integriti akademik terus terpelihara.

Menariknya, forum ini menampilkan gabungan panel akademik dan mahasiswa daripada pelbagai universiti. Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr. Chuah Kee Man, berkongsi perspektif akademik berkaitan peranan dan potensi AI dalam pengajaran dan pembelajaran, manakala dua panel mahasiswa iaitu Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2025/2026, Allen Paul Justinus Situ dan Ketua Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Adam Azzikri Mohd Haniff, mengupas pengalaman sebenar penggunaan AI dalam pembelajaran harian.

Perbincangan merangkumi fungsi AI sebagai alat sokongan pembelajaran, isu etika dalam tugasan akademik serta cabaran kebergantungan terhadap teknologi.

Gambar sewaktu program
Sesi Soal Jawab

Forum ini turut disertai mahasiswa dari UPSI, UNIMAS, UMS dan UKM, sekali gus menjadi ruang perkongsian ilmu rentas universiti yang bermanfaat.

Secara keseluruhan, Forum AI: Journey into the Algorithm berjaya meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang penggunaan AI secara beretika dan seimbang, selari dengan keperluan melahirkan graduan yang celik teknologi, kritis dan bertanggungjawab.