Wakil Pusat Islam bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang hadir dalam sesi kunjungan hormat.Wakil Pusat Islam bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang hadir dalam sesi kunjungan hormat.

Oleh Nur Fatin Syakirah Suhaizal

TANJONG MALIM, 6 Februari 2026 — Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (MPP UPSI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Islam UPSI sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama antara kepimpinan pelajar dan pihak pengurusan pusat tersebut.

Kunjungan ini bertujuan mewujudkan platform rasmi bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan serta kerohanian mahasiswa di universiti berkenaan.

Pertemuan tersebut turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan dan membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan pengurusan masjid serta kesejahteraan mahasiswa.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pengurusan penggunaan masjid, kesedaran kesihatan dalam kalangan mahasiswa, keselamatan di kawasan kampus serta isu kesejahteraan mental pelajar.

: Mesyuarat antara pihak Pusat Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI dalam membincangkan isu kebajikan serta kerohanian mahasiswa.
Encik Muhammad Safwan bin Ismail memberikan penerangan kepada barisan MPP UPSI semasa sesi perbincangan.

Menurut Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPSI, Encik Muhammad Safwan bin Ismail, pertemuan ini penting bagi memastikan wujudnya saluran komunikasi yang lebih sistematik antara pihak Pusat Islam dan kepimpinan pelajar.

Selain itu, beberapa cadangan turut dikemukakan termasuk penetapan waktu operasi masjid, penubuhan skuad santun bagi meningkatkan keselamatan kampus serta usaha memperkukuh sokongan kerohanian kepada mahasiswa.

Kunjungan hormat ini diharap dapat menjadi platform efektif dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak serta memastikan isu-isu berkaitan mahasiswa dapat ditangani secara lebih sistematik dan berkesan.