Tanjong Malim, 4 April 2026 – Pada 4 April 2025, telah berlangsung dengan jayanya program NextGen Leadersphere 2.0: Empowering Leaders, Inspiring Change bertempat di Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Kolej Ungku Omar (KUO UPSI) dan Kolej Kediaman Luar Kampus (KKLK) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang bertujuan memperkasa bakat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.
Program ini menghimpunkan barisan pemimpin pelajar dari kedua-dua institusi dalam satu platform interaktif yang menekankan pembangunan kemahiran insaniah, komunikasi berkesan serta pemikiran strategik.
Antara pengisian utama yang dijalankan termasuk sesi penanda aras kepimpinan mahasiswa, yang memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi amalan terbaik serta bertukar pandangan mengenai pengurusan organisasi pelajar yang efektif.
Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan fasiliti kolej melalui lawatan kemudahan sekitar Kolej Ungku Omar, sekali gus memberikan gambaran jelas tentang pengurusan persekitaran kolej yang kondusif dan berdaya saing.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada perkongsian idea bagi penambahbaikan kemudahan di kolej masing-masing.
Sebagai usaha menyokong agenda kelestarian di universiti awam, program ini turut diserikan dengan aktiviti penanaman pokok.
Inisiatif ini bukan sahaja memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, malah mencerminkan komitmen mahasiswa dalam menyokong pembangunan mampan dan kesejahteraan kampus.



Melalui pendekatan berasaskan pengalaman (experiential learning), para peserta diberi peluang untuk mengasah keupayaan membuat keputusan, membina keyakinan diri serta meningkatkan keupayaan bekerja dalam pasukan.
Selain itu, program ini turut menjadi medium untuk memperkukuh jaringan antara mahasiswa UPSI dan UTHM, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama berterusan pada masa hadapan.
Penganjuran NextGen Leadersphere 2.0 jelas mencerminkan komitmen KUO UPSI dan KKLK UTHM dalam melahirkan pemimpin muda yang berwibawa, berdaya saing dan mampu mencetus perubahan positif dalam komuniti.
Diharapkan inisiatif seperti ini akan terus diperkasakan bagi memastikan kesinambungan pembangunan kepimpinan mahasiswa yang holistik dan berimpak tinggi.



Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya, malah meninggalkan impak yang signifikan kepada para peserta dalam membentuk jati diri sebagai pemimpin masa hadapan.

