Oleh : Nurul Aleya Syafiqah Osman, Hanani Syafiqah Salim & Dr. Md Enamul Huq
BUKIT KATIL, MELAKA, 11 April 2026 – Program Kasih Titipan : Kunjungan Mesra Bersama telah diadakan di Kompleks Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah (KAYFAZ), Melaka.
Program ini merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Persatuan Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kolaborasi bersama Kelab Geoinformatik Universiti Teknologi Malaysia, Kelab Pembimbing Rakan Siswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Parlimen Hang Tuah Jaya.
Program Titipan Kasih ini dilaksankan bagi mengeratkan hubungan antara pelajar dengan penghuni rumah anak yatim.
Penganjuran program ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 1 iaitu membasmi kemiskinan dalam pelbagai bentuk di mana-mana sahaja.
Program ini melibatkan penyerahan sumbangan berbentuk cek bernilai RM 500.00 yang mana merupakan hasil kutipan daripada program Virtual Run : Step Of Kindness yang telah dianjurkan pada 1 Disember 2025 serta beberapa sumbangan daripada masyarakat setempat.



Selain itu juga, barangan- barangan keperluan harian seperti minyak, beras, sabun dan keperluan yang lain serta keperluan wanita turut diberikan. Tidak lupa juga hasil daripada sumbangan yang diterima, duit raya berjumlah RM 15.00 seorang dapat diberikan kepada semua penghuni rumah anak yatim ini.
Program yang melibatkan aktiviti ramah mesra serta penyerahan sumbangan bersama penghuni rumah anak yatim ini berlangsung dari jam 10:00 pagi hingga 1:45 petang.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil penganjur, diikuti ucapan daripada Pengurus Rumah Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah, Puan Nur Atiqah Binti Abd Karim, serta pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Md Enamul Huq.
Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur atas kelancaran program serta merakamkan penghargaan kepada pihak KAYFAZ atas layanan yang diberikan.



Beliau turut menyatakan bahawa program “Kasih Titipan” merupakan satu inisiatif murni dalam merapatkan hubungan antara pelajar dan komuniti, di samping menekankan kepentingan nilai kemanusiaan dalam memanfaatkan ilmu. Beliau juga berharap agar jalinan ukhuwah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Program diteruskan dengan sesi suai kenal dan permainan interaktif yang dikendalikan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa UPSI bersama fasilitator daripada institusi yang terlibat. Aktiviti ini bertujuan mengeratkan ukhuwah serta menceriakan penghuni rumah anak yatim.
Selain itu, aktiviti gotong-royong turut dilaksanakan oleh jawatankuasa bagi membersihkan kawasan sekitar, sekali gus memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan peserta.
Program turut dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Yani Bin Ismail, Wakil Timbalan Menteri Pertahanan Merangkap ADUN Bukit Katil dan Ahli Parlimen Alor Gajah majlis ini diakhiri dengan penyerahan sijil kolaborai serta cenderahati turut diberikan kepada pihak kolaborasi.
Hal ini bagi menghargai usaha dan keprihatinan daripada pihak kolaborasi sepanjang program ini dirancang sehingga berjaya dilaksanakan.



Program ini membuktikan bahawa usaha kebajikan bukan sekadar kunjungan, tetapi amanah dalam menyampaikan sumbangan masyarakat. Dengan sambutan yang baik dan pelaksanaan yang lancar, program ini berjaya hasil daripada semangat kemanusiaan semua pihak yang terlibat.
