Oleh: Nur Fatini Adilah Omar
TANJONG MALIM, 16 April 2026 – Suasana penuh ukhuwah dan kemesraan menyelubungi Dewan Harun Aminurrashid semalam sempena majlis sambutan KHAR Qalbu Raya.
Program yang dirancang dalam tempoh yang singkat telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan menghimpunkan ratusan penghuni Kolej Harun Aminurrashid (KHAR).
Majlis yang bermula pada jam 10.00 pagi itu diserikan dengan kehadiran Pengetua KHAR, Dr. Haji Che Anuar bin Che Abdullah. Kehadiran beliau bersama kakitangan pentadbiran nyata menambah keceriaan majlis.



Program anjuran Exco Blok-blok Kediaman Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR) Sidang 2025/2026 ini bertujuan untuk meraikan Aidilfitri bersama warga KHAR dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.
Meskipun program dijalankan dalam suasana yang santai, kemeriahan tetap dirasai melalui pelbagai pengisian menarik antaranya Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Busana Tercantik.


Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi sesi penyampaian hamper kepada para pemenang pertandingan turut menjadi antara agenda yang memeriahkan lagi majlis tersebut.
