oleh Chan Hee Yin

Program JomMasukU yang berlangsung pada 25 hingga 26 Mei 2026 di Universiti Pendidikan  Sultan Idris (UPSI) berjaya menghimpunkan pelajar, ibu bapa dan warga pendidik dalam satu  platform interaktif yang menekankan penerokaan hala tuju pendidikan serta pemilihan institusi  pengajian tinggi.

Antara tarikan utama sepanjang program tersebut ialah booth pameran Fakulti Bahasa dan  Komunikasi (FBK) yang menampilkan pendekatan kreatif melalui pelaksanaa aktiviti “papan visi”. 

Aktiviti ini mengajak pengunjung untuk berkongsi aspirasi masa depan berdasarkan soalan  utama,”Untuk sepuluh tahun akan datang, saya akan menjadi….”, sekali gus mendorong mereka  berfikir secara lebih mendalam tentang hala tuju kerjaya.

Sebuah papan hitam bersaiz besar disediakan di ruang pameran bagi membolehkan pengunjung  menulis jawapan masing-masing menggunakan kapur berwarna. Sepanjang program  berlangsung, papan tersebut dipenuhi dengan pelbagai tulisan yang mencerminkan impian dan  cita-cita pengunjung. Aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan apabila pengunjung daripada  pelbagai latar belakang mengambil bahagian secara aktif, sekali gus mewujudkan suasana yang  interaktif dan kondusif. 

Hasil pemerhatian mendapati bahawa majoriti respons yang dicatatkan telah menunjukkan  kecenderungan yang tinggi terhadap profesion perguruan. Ungkapan seperti “Saya bakal jadi

Cikgu!” muncul secara berulang, mencerminkan minat untuk melanjutkan pengajian di UPSI,  khususnya dalam bidang berkaitan bahasa dan komunikasi. Perkara ini selari dengan peranan  UPSI sebagai institusi yang sinonim dengan latihan perguruan di Malaysia. 

Selain itu, terdapat juga pengunjung yang menzahirkan aspirasi dalam bidang komunikasi,  penyiaran dan bahasa, sekali gus menunjukkan kepelbagaian minat yang selari dengan program  pengajian yang ditawakan oleh FBK.

Menurut seorang ibu bapa, aktiviti tersebut memberikan kesan yang mendalam. Beliau  memaklumkan bahawa anaknya telah membuat permohonan melalui sistem UPU dan  menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  Beliau turut menyatakan hasrat untuk berkongsi pangalaman lawatannya ke program ini dengan  anaknya. Dalam masa yang sama, beliau juga mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program  yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi. 

Pelajar sekolah menegah menulis aspirasi mereka pada masa depan.
Aspirasi “Saya bakal jadi cikgu” yang ditinggalkan pelajar.

Kehadiran ibu bapa jelas ketara sepanjang dua hari penganjuran program. Ramai dalam  kalangan mereka mengunjungi booth pameran FBK selepas mengetahui bahawa anak-anak  mereka telah membuat permohonan melalui sistem UPU dan menunjukkan minat terhadap  program yang ditawarkan oleh fakulti tersebut. Situasi ini menunjukkan peranan ibu bapa sebagai  pihak yang turut terlibat dalam proses membuat keputusan pendidikan anak-anak. 

Selain ibu bapa, booth pameran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) turut menarik perhatian  pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pangajian yang ditawarkan.  Seorang ibu bapa menyatakan bahawa anaknya telah membuat permohonan melalui sistem UPU  dan menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),khususnya dalam bidang berkaitan bahasa dan komunikasi. 

Menurut wakil pelajar FBK, pelaksanaan papan visi ini bertujuan untuk menggalakkan  pengunjung berfikir secaa lebih mendalam tentang perancangan masa depan di samping  membantu pihak fakulti memahami kecenderungan minat mereka. Pendekatan ini dilihat  berkesan dalam menggalakkan penglibatan aktif secara interaksi dua hala antara pengunjung  dan pihak penganjur. Malah, aktiviti ini turut berfungsi sebagai medium tidak formal untuk  membina keyakinan dalam kalangan pelajar yang sedang membuat keputusan berkaitan  pendidikan tinggi. 

Secara keseluruhannya, booth pameran FBK bukan sahaja berfungi sebagai medium  penyampaian maklumat, malah juga berjaya mewujudkan ruang refleksi yang mendorong  pengunjung untuk menzahirkan aspirasi masing-masing. Inisiatif ini selaras dengan usaha UPSI  dalam melahirkan bakal pendidik dan graduan yang beraspirasi tinggi secara komited terhadap  pembangunan pendidikan negara.