Sesi fotografi bersama tetamu jemputan, jawatankuasa pelaksana dari Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU), peserta serta penonton Program Sayembara Irama Kata.Sesi fotografi bersama tetamu jemputan, jawatankuasa pelaksana dari Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU), peserta serta penonton Program Sayembara Irama Kata.

Oleh: Nurin Athirah Mohd Rosdi

TANJONG MALIM, 22 APRIL 2026 – Program Sayembara Irama Kata telah berjaya dilaksanakan di Dewan Kolej Za’ba, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU), Fakulti Bahasa dan Komunikasi ini berlangsung dalam suasana yang meriah dengan penyertaan seramai kira-kira 336 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai penonton dan 19 orang sebagai peserta.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu jemputan yang berwibawa dan berpengaruh dalam bidang akademik serta kesenian bahasa.

Antaranya ialah Profesor Madya Dr. Norazimah binti Zakaria selaku Penyelaras Fokal Institut Peradaban Melayu UPSI, serta Encik Muhammad Zamzini bin Mohd Zamani, guru bahasa dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI. Turut hadir ialah Dr. Mohd Amir bin Mohd Zahari yang memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UPSI).

Ucapan aluan oleh Pengarah Program iaitu Nur Amira Afifah binti Abdullah.
Perasmian program oleh Dr. Mohd Amir bin Mohd Zahari iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UPSI).
Antara persembahan teater yang dipertandingkan dalam program ini bertajuk
“Bayangan Dusta di Ambang Patani”.

Selain itu, kehadiran Dr. Mohd Hazreen Shah bin Hassan selaku penasihat Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) telah menyerikan lagi majlis.

Kehadiran mereka bukan sahaja mencerminkan sokongan padu terhadap penganjuran program ini, malah turut menjadi pemangkin semangat kepada para peserta untuk terus menghayati dan memartabatkan seni bahasa Melayu.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sidang 2025/2026 iaitu Muhammad Luqman Nurhakim bin Zulikhsyam.

Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan yang disambut dalam suasana penuh tertib dan meriah, diikuti dengan perarakan masuk tetamu kehormat ke dalam dewan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku serta lagu Ibu Kandung Suluh Budiman sebagai tanda penghormatan dan semangat cinta akan institusi serta negara.

Seterusnya, majlis menadah tangan untuk bacaan doa bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Sesi cabutan bertuah untuk 37 orang penonton.
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Program iaitu Nur Amira Afifah binti Abdullah, diikuti ucapan daripada penasihat Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) iaitu Dr. Mohd Hazreen Shah bin Hassan.

Kemuncak bagi sesi pembukaan majlis ialah ucapan perasmian oleh Dr. Mohd Amir bin Mohd Zahari yang memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (UPSI) dan disusuli dengan gimik perasmian yang kreatif serta penuh nilai estetika melalui gabungan persembahan gurindam, lakonan, deklamasi sajak dan tarian tradisional yang memukau.