oleh Chan Hee Yin
Program JomMasukU yang berlangsung pada 25 hingga 26 Mei 2026 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menghimpunkan pelajar, ibu bapa dan warga pendidik dalam satu platform interaktif yang menekankan penerokaan hala tuju pendidikan serta pemilihan institusi pengajian tinggi.
Antara tarikan utama sepanjang program tersebut ialah booth pameran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) yang menampilkan pendekatan kreatif melalui pelaksanaa aktiviti “papan visi”.
Aktiviti ini mengajak pengunjung untuk berkongsi aspirasi masa depan berdasarkan soalan utama,”Untuk sepuluh tahun akan datang, saya akan menjadi….”, sekali gus mendorong mereka berfikir secara lebih mendalam tentang hala tuju kerjaya.
Sebuah papan hitam bersaiz besar disediakan di ruang pameran bagi membolehkan pengunjung menulis jawapan masing-masing menggunakan kapur berwarna. Sepanjang program berlangsung, papan tersebut dipenuhi dengan pelbagai tulisan yang mencerminkan impian dan cita-cita pengunjung. Aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan apabila pengunjung daripada pelbagai latar belakang mengambil bahagian secara aktif, sekali gus mewujudkan suasana yang interaktif dan kondusif.
Hasil pemerhatian mendapati bahawa majoriti respons yang dicatatkan telah menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadap profesion perguruan. Ungkapan seperti “Saya bakal jadi
Cikgu!” muncul secara berulang, mencerminkan minat untuk melanjutkan pengajian di UPSI, khususnya dalam bidang berkaitan bahasa dan komunikasi. Perkara ini selari dengan peranan UPSI sebagai institusi yang sinonim dengan latihan perguruan di Malaysia.
Selain itu, terdapat juga pengunjung yang menzahirkan aspirasi dalam bidang komunikasi, penyiaran dan bahasa, sekali gus menunjukkan kepelbagaian minat yang selari dengan program pengajian yang ditawakan oleh FBK.
Menurut seorang ibu bapa, aktiviti tersebut memberikan kesan yang mendalam. Beliau memaklumkan bahawa anaknya telah membuat permohonan melalui sistem UPU dan menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau turut menyatakan hasrat untuk berkongsi pangalaman lawatannya ke program ini dengan anaknya. Dalam masa yang sama, beliau juga mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi.


Kehadiran ibu bapa jelas ketara sepanjang dua hari penganjuran program. Ramai dalam kalangan mereka mengunjungi booth pameran FBK selepas mengetahui bahawa anak-anak mereka telah membuat permohonan melalui sistem UPU dan menunjukkan minat terhadap program yang ditawarkan oleh fakulti tersebut. Situasi ini menunjukkan peranan ibu bapa sebagai pihak yang turut terlibat dalam proses membuat keputusan pendidikan anak-anak.
Selain ibu bapa, booth pameran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) turut menarik perhatian pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pangajian yang ditawarkan. Seorang ibu bapa menyatakan bahawa anaknya telah membuat permohonan melalui sistem UPU dan menunjukkan minat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),khususnya dalam bidang berkaitan bahasa dan komunikasi.
Menurut wakil pelajar FBK, pelaksanaan papan visi ini bertujuan untuk menggalakkan pengunjung berfikir secaa lebih mendalam tentang perancangan masa depan di samping membantu pihak fakulti memahami kecenderungan minat mereka. Pendekatan ini dilihat berkesan dalam menggalakkan penglibatan aktif secara interaksi dua hala antara pengunjung dan pihak penganjur. Malah, aktiviti ini turut berfungsi sebagai medium tidak formal untuk membina keyakinan dalam kalangan pelajar yang sedang membuat keputusan berkaitan pendidikan tinggi.
Secara keseluruhannya, booth pameran FBK bukan sahaja berfungi sebagai medium penyampaian maklumat, malah juga berjaya mewujudkan ruang refleksi yang mendorong pengunjung untuk menzahirkan aspirasi masing-masing. Inisiatif ini selaras dengan usaha UPSI dalam melahirkan bakal pendidik dan graduan yang beraspirasi tinggi secara komited terhadap pembangunan pendidikan negara.
