Oleh: Nur Ferhain Maizunie Binti Alep dan Encik Mohamad Kamal Kamaruddin

Tanjong Malim, 17 April 2026 – Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program HISTORAYA: Sejarah Bertemu Syawal yang bertempat di Dewan Banquet dan Ruang Legar E-Learning Tingkat 5, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Sambutan ini melibatkan 254 orang mahasiswa/I Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan Kepujian serta pensyarah dan kakitangan Jabatan Sejarah.

Program HISTORAYA: Sejarah Bertemu Syawal ini merupakan program yang dikelolakan oleh Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli persatuan, pensyarah, warga fakulti dan mahasiswa/I Sejarah secara amnya.

Program ini juga menjadi platform bagi mahasiswa/i untuk memupuk semangat perpaduan dan toleransi dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum serta mencerminkan nilai-nilai murni budayat.

Sepanjang program berlangsung, para ahli jawatankuasa dan peserta telah menunjukkan komitmen dan penglibatan yang sangat memberangsangkan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Suasana program menjadi lebih meriah dengan interaksi positif antara peserta dan pensyarah, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa.Sesi fotografi turut diadakan bagi merakam detik-detik bermakna sepanjang program berlangsung.

Poster program HISTORAYA: Sejarah Bertemu Syawal
Persembahan menari daripada wakil batch Tun Teja
Persembahan menyanyi daripada YDP Kolej Ungku Omar, Muhammad Ali

Program HISTORAYA: Sejarah Bertemu Syawal merupakan satu inisiatif yang menggabungkan elemen sejarah dan sambutan Aidilfitri dalam suasana santai serta bermakna.

Suasana majlis bertambah meriah apabila para peserta disajikan dengan pelbagai juadah jamuan yang menarik dan menyelerakan. Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan persembahan menyanyi dan menari daripada tetamu jemputan dan para peserta yang menjadi wakil daripada batch Tun Teja.

Mereka telah mempamerkan bakat dan kreativiti masing-masing yang menjadikan suasana lebih menarik dan menghiburkan.

Tidak ketinggalan, acara penampilan terbaik turut mendapat perhatian apabila para peserta hadir dengan busana tradisional yang cantik dan segak.

Elemen ini bukan sahaja menyerlahkan keunikan budaya, malah menambahkan lagi seri program Historaya: Sejarah Bertemu Syawal dengan penuh warna-warni dan keceriaan.

Penyampaian hadiah busana terbaik

Impak daripada pelaksanaan sambutan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada mahasiswa/i Sejarah serta para pensyarah yang berpuas hati dengan program yang dianjurkan. Program ini telah mencapai objektif dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut memberi impak positif kepada Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS).

Lensa program HISTORAYA: Sejarah Bertemu Syawal
Lensa program HISTORAYA: Sejarah Bertemu Syawal

Penganjuran program ini telah memberi pendedahan secara langsung terhadap penerus legasi agar inisiatif sebegini dapat diteruskan lagi untuk memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan Jabatan Sejarah.