Gambar Sewaktu Perasmian Penutupan ProgramGambar Sewaktu Perasmian Penutupan Program

Artikel disediakan oleh: Syazwani dan AaRon

TANJUNG MALIM, 1 Mei 2026 — Program Watermelon Challenge for Wellness berlangsung dengan penuh meriah di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hasil kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Program santai berkonsepkan pertandingan makan tembikai ini berjaya menarik penyertaan lebih 50 peserta yang terdiri daripada pelajar universiti dan komuniti setempat. Inisiatif ini bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat melalui pendekatan kreatif di samping mengeratkan hubungan antara warga kampus dan masyarakat.

Gimik Perasmian Program oleh Wakil FAMA
Pendaftaran Peserta Program      
Gambar Sewaktu Pertandingan

Majlis telah dirasmikan oleh wakil FAMA Negeri Perak, Puan Nor Azura Azizan, Ketua Unit Keusahawanan, Pemasaran & Kawalan Kredit. Turut hadir ialah Pengetua Kolej Awang Had Salleh, wakil pentadbiran universiti, wakil felo serta wakil Majlis Mahasiswa Kolej. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat sebelum para peserta menyertai cabaran utama menghabiskan buah tembikai dalam tempoh terpantas. Sorakan penonton menambahkan lagi kemeriahan suasana, sekali gus menjadikan program ini bukan sahaja kompetitif tetapi juga menghiburkan.Masa terbaik yang diambil bagi pemenang pertandingan ini adalah 1.28s.

Gambar Penerima Hadiah Bagi Pemenang Utama
Gambar Penerima Hadiah Bagi Pemenang Utama

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh wakil FAMA sebagai simbol sokongan terhadap penganjuran program berunsur kesihatan dan komuniti ini. Selain mencungkil bakat dan keberanian peserta, program ini turut memberi peluang kepada pelajar mengasah kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan pengurusan acara.

Kerjasama bersama FAMA juga membantu mempromosikan hasil pertanian tempatan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengambilan buah-buahan dalam diet harian. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya sebagai platform riadah yang sihat, santai dan inklusif, serta diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.