YB Dato Sivanesan merasmikan program The Sixth International Conference On Research In Tamil Education 2026YB Dato Sivanesan merasmikan program The Sixth International Conference On Research In Tamil Education 2026

Oleh Ramk Vharma Manivannan Muniandy & Dr. Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hassan

TANJONG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila berjaya menganjurkan The Sixth International Conference On Research In Tamil Education 2026. Persidangan bertemakan “Kesan Perubahan Global Terhadap Pendidikan Tamil” ini menghimpunkan pakar, pensyarah, dan pelajar bagi membincangkan masa depan bahasa tersebut di peringkat global.Persidangan ini dihadiri oleh tokoh akademik dari luar negara termasuk dari Sri Lanka, Singapura, dan Columbia. Antara pengisian utama adalah perkongsian projek inovasi berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) oleh pakar dari Singapura yang

menunjukkan bagaimana teknologi moden boleh diintegrasikan dalam pengajaran Bahasa Tamil.Menurut seorang pelajar semester empat program ISMP Bahasa Tamil, pendedahan mengenai penggunaan AI dalam pendidikan memberikan impak yang besar kepada mahasiswa.”Program ini sangat bermanfaat kerana kami mendapat gambaran jelas tentang apa yang berlaku di luar sana, terutamanya tip menggunakan AI. Contoh projek AI daripada pensyarah Singapura memberikan inspirasi baharu untuk kami aplikasikan dalam pembelajaran,” katanya.Dalam pada itu, persidangan turut menyentuh isu kritikal mengenai penurunan jumlah sekolah Tamil di Malaysia secara beransur-ansur berbanding data pada tahun 2019. Walaupun Perak diiktiraf sebagai negeri yang mempunyai jumlah sekolah Tamil tertinggi di Malaysia, trend penurunan ini memerlukan perhatian serius daripada semua pihak.Acara ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi (KPT). Sesi dialog bersama Menteri turut membangkitkan isu kebajikan pelajar, termasuk perbincangan mengenai perbezaan pemberian elaun antara pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti.Selain perkongsian akademik, program ini menjadi platform pertukaran idea antara Malaysia dan India dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan Tamil. Usaha ini dilihat penting bagi memastikan pendidikan Tamil tidak ketinggalan berbanding pendidikan bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Cina, dan Inggeris.Dengan penglibatan Jabatan Pendidikan Negeri Perak—yang kini merupakan antara agensi pendidikan kedua tertinggi di Asia dalam pengurusan sekolah Tamil—persidangan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan Tamil yang lebih dinamik dan relevan dengan arus permodenan dunia.