TANJONG MALIM, 29 APRIL 2026 – Program “IKSAS Foodbank 3.0: Simple Act Of Caring” telah berjayaa dilaksanakan oleh Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) bertempat di Kafe Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), KSAS dan Bitarasiswa, KSAJS.

Ahli jawatankuasa IKSAS turut dibahagikan kepada dua bahagian bagi melancarkan urusan pendaftaran dan pengagihan bantuan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang layak menerima bakul makanan.

Program ini bertujuan membantu mahasiswa dan mahasiwi Sabah yang memerlukan dengan mengagihkan pelbagai barangan asas bagi meringankan beban kos sara hidup di UPSI. Program ini telah dihadiri oleh seramai 200 orang mahasiswa dan mahasiswi Sabah.

Program ini mencerminkan semangat prihatin, kerjasama dan kekitaan dalam kalangaan mahasiswa serta memperkukuh hubungan silaturahim sesama mahasiswa dan mahasiswi. Program IKSAS Foodbank 3.0: Simple Act Of Caring dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar Sabah yang dijalankan secara serentak di Kolej Harun Aminurrasyid (KHAR), KSAS dan Bitarasiswa, KSAJS bagi memudahkan pelaksanaan program dan berjalan dengan lancar.

Seterusya, program diteruskan dengan aktiviti pengagihan bakul makanan bagi setiap pelajar Sabah. Kemudian, program diserikan lagi dengan sesi bergambar dan temubual bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah. Menurut salah seorang peserta IKSAS Foodbank 3.0: Simple Act Of Caring, Muhammad Azrin Bin Saeh, dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, program ini sangat memberi impak yang besar terutama mereka yang dari golongan B40 dan beryukur dengan adanya program sebegini.

Selain para peserta, AJK pelaksana IKSAS juga menerima manfaat hasil dari pelaksaan program ini bagi menyerlahkan lagi kepimpinan yang akan menjadikan IKSAS sebagai bukan sahaja sebuah persatuan yang akrif di UPSI tetapi juga sebuah persatuan yang mementingkan kebajikan pelajar yang memerlukan.

Akhir kata, pencapaian dan objektif program ini tercapai dan sangat menarik hati mahasiswa dan mahasiswi Sabah sehingga mereka mencadangkan untuk program ini dilaksanakan sebanyak 2 kali dalam 1 semester kerana sangat membantu dalam kehidupan seharian. Oleh itu, semoga pengagihan bakul makanan asas ini mampu sedikit sebanyak memelihara kebajikan bersama, diharapkan agar akan bertemu kembali dalam program akan datang.