TANJONG MALIM, 17 MEI 2026– Program “Kanou Misingilo: Koubasanan KDMR” telah berjaya dilaksanakan oleh Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) yang dilakukan secara atas talian. Program ini merupakan inisiatif Exco Bahasa Kadazandusun IKSAS iaitu Caronella Jamis sebagai pengarah program.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 345 orang termasuk dengan barisan ahli jawatankuasa pelaksana. Panel penceramah jemputan yang turut hadir bersama iaitu Cikgu Lenly Salimin bersama Encik Adrian Soidi dan Dr. Linah Bagu dan dirasmikan oleh Professor Dr, Julita @ Norjietaa Bt Taisin@ Abdullah selaku Penasihat Persatuan Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK).
Program ini bermula dengan slot pertama yang disampaikan oleh Cikgu Lenely Salimin. Taklimat ini bertjuan untuk menerangkan cara penggunaan Bahasa Kadazandusun seharian. Seterusnya, program diteruskan dengan sesi soal jawab dan kuiz.
Kemudian, program diserikan lagi dengan sesi pertama cabutan bertuah sebanyak 3 cabutan yang dikendalikan oleh ajk pelaksana program bagi memeriahkan lagi suasana program.
Setelah selesai waktu rehat sekitar pukul 12:20 PM, program diteruskan lagi dengan slot kedua oleh Encik Adrian Soidi dengan pengenalan his. Seterusnya, sesi soal jawab 2 dan sesi cabutan bertuah 2 diteruskan bagi meneruskan program.
Program diteruskan lagi dengan slot 3 taklimat oleh Dr. Linah Bagu berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan tradisional masyarakat Sabah.
Sesi taklimat diakhiri dengan soal jawab dan kuiz berkaitan dengan tukadan. Akhir kata, hasil yang dicapai daripada pelaksaan program ini sangat memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang pengetahuan bahasa ibunda menyebabkan objektif program tercapai dengan jayanya.

Program ini sangat bermanfaat pagi pelajar yang berasal dari Sabah kerana UPSI menjadi peneraju utama dalaam memperkasa komuniti pelajar Sabah melalui pengajian bahasa etnik, dengan hampir 3000 pelajar Sabah sedang menuntut di universiti ini.
Peluang pendidikan bahasa etnik ini disokong penuh melalui pelbagai inisiatif tajaan dan perluasan program akademik yang khusus buat anak jati negeri di bawah bayu.
Pembiayaan pendidikan disokong penuh oleh Yayasan Bank Rakyat yang telah memeterai kerjasama dengan pihak UPSI bagu menyediakan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah.
