Tanjung Malim, 7 September 2026 – Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program “Sajian Kasih | Badan Wakil Pelajar “Seribu Sajian, Sejuta Makna” yang mana melibatkan aktiviti memasak secara bergotong-royong yang diketuai oleh ahli jawatankuasa “Food Security and Culinary”.
Program ini turut mendapat sokongan dan penyertaan daripada rakan-rakan Exco,pelajar diploma dan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) yang bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan setiap perjalanan program. Penglibatan secara bersama ini bukan sahaja membantu melancarkan penyediaan dan penyajian makanan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta membina rasa tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa.
Program “Sajian Kasih | Badan Wakil Pelajar “Seribu Sajian, Sejuta Makna” yang dianjurkan ini bermula pada 7 September 2026 hingga 11 September 2026.Program yang berlangsung khususnya pada 7 September 2026 ini dilaksanakan dengan penuh semangat kebersamaan dan keprihatinan melalui penyediaan makanan kepada para Rakan Exco dan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) sebanyak tiga kali sajian, iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk menyediakan dan membekalkan santapan yang seimbang kepada Rakan-rakan Exco dan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) yang berada di kolej.



Salah seorang Rakan Exco yang terlibat dengan program ini turut menyuarakan pandangannya terhadap keberlangsungan program “Sajian Kasih | Badan Wakil Pelajar “Seribu Sajian, Sejuta Makna” ini.
“Menurut beliau, seribu sajian mungkin kelihatan seperti angka, tetapi di sebalik setiap sajian terdapat sejuta makna. Ada usaha, ada keikhlasan, ada kepedulian dan ada harapan. Semoga setiap makanan yang disediakan menjadi asbab kepada lahirnya semangat untuk terus melangkah dan menghadapi cabaran sebagai mahasiswa.”- Wakil Rakan Exco Kolej Harun Aminurrashid
Tidak dinafikan melalui penganjuran program “Sajian Kasih | Badan Wakil Pelajar “Seribu Sajian, Sejuta Makna” ini telah memberikan impak yang positif terhadap rakan-rakan Exco serta Majlis Mahasiswa Kolej (MMK).Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan baik sehingga tamatnya program.

