oleh: Prof. Madya Dr. Shazlyn Milleana Shaharudin, Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib, Dr. Anis Diyana Halim, Dr. Adibah Abu Bakar
SLIM RIVER – Satu program berasaskan pembelajaran STEM berasaskan pengalaman (hands-on) telah berjaya dilaksanakan menerusi STEM Exploration Day Sekolah Kebangsaan Kuala Slim.Program kolaborasi selama 2 hari antara Universiti Pendidikan Sultan Idris dan SK Kuala Slim ini melibatkan seramai 151 orang murid tahun satu hingga enam serta 15 orang guru pada 8 hingga 9 Oktober 2026. Program ini terbahagi kepada dua sesi berfokus di mana pada hari pertama khusus untuk sesi guru dan hari kedua untuk sesi murid.
Pada hari pertama program, seramai 15 orang guru SK Kuala Slim telah terlibat dalam sebuah bengkel yang berfokuskan bengkel inkuiri, aktiviti-aktiviti STEM yang kreatif dan perkongsian amalan terbaik dalam pengajaran. Bengkel ini telah berlangsung pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hari kedua program telah diadakan Karnival STEM Hands-On (STEMinds) yang berlangsung di SK Kuala Slim pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bersama-sama 151 orang murid tahun satu hingga enam. Pelbagai booth STEM yang menarik disediakan untuk semua murid mengambil peluang meneroka aktiviti-aktiviti berkaitan STEM. Antara booth yang disediakan termasuk booth Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Buffer Booth.



Program ini berjaya mengukuhkan kolaborasi antara guru dan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, di samping meningkatkan kemahiran inkuiri dan pemikiran kritis dalam kalangan murid-murid menerusi eksperimen aktif. Secara keseluruhannya, program STEM Exploration Day telah berjaya memberi pendedahan kepada guru dan juga murid tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan inovatif. Program ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pengajaran, malah mewujudkan jaringan komuniti pembelajaran profesional antara guru bagi menyokong transformasi pendidikan STEM yang selari dengan kehendak abad ke-21.
