HAS_7890

UPSI memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Muhammadiyah Purwokerto (UMP), Indonesia pada 20 Januari 2016 bagi menggalak dan mengekalkan pertukaran, kerjasama penyelidikan serta usaha sama pembangunan profesional. Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, beliau berharap melalui MoU tersebut segala agenda yang dirancang akan menjadi realiti dan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

HAS_7890

Sementara itu, delegasi UMP yang diketuai oleh Rektor, Dr. H. Syamsuhadi Irsyad turut berkongsi mengenai latar belakang universiti beliau, fakulti-fakulti dan pelajar. Hadir sama Pendaftar, Mohd Faizi bin Othman,  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dato’ Dr. Junaidi bin Abu Bakar,  Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Profesor Dr. Mohd Sahandri Gani bin Hamzah, dan Dekan Fakulti Sains & Matematik,Prof. Madya Dr. Zulkifley Mohamed serta pegawai kanan universiti.

Artikel ini telah diterbitkan pada 20 Januari 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)