IMG-20160215-WA0006

Behrang, 14 Feb. 2016 – Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas (PRESTASI) UPSI, menganjurkan “Teambuilding” Gaya Hidup Sihat: Cabaran Menawan Puncak Gunung Liang” dari 13-14 Februari 2016.

Seramai 26 peserta daripada pelbagai pusat tanggungjawab dan latar belakang menyertai pendakian di dua-dua puncak Gunung Liang Barat dan Timur dengan ketinggian 6342 kaki dan 6343 kaki. Pendakian juga turut disertai tujuh pendaki luar dengan lima orang pendaki profesional.

Pengarah Program, Abdul Ghani Mansor berkata, “program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kerja berkumpulan, meneroka biodiversiti, dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan kakitangan UPSI”. “Kami mendaki selama 6 jam untuk sampai ke tapak perkhemahan di kawasan permatang yang lebih dikenali “7 Eleven” dalam kalangan pendaki kerana ia tempat punca air terakhir, tambahnya lagi. Laluan pendakian bermula dari Kampung Sungai Dara, Slim River.

Menurut Marina Awang Ahmad salah seorang daripada lima peserta wanita yang menyertai pendakian, “untuk sampai di kedua-dua puncak kami melalui cerun curam, suhu sejuk mencecah 10-11°C serta berkabus dan pelbagai rintangan, namun dengan kerjasama erat dalam kalangan peserta akhirnya kami berjaya sampai ke puncak”.

Kejayaan menawan puncak Gunung Liang ini membuktikan kakitangan UPSI mempunyai semangat berpasukan yang sangat kental tambah, Abdul Ghani Mansor yang juga Pegawai Tadbir Kanan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

 info

Artikel ini diterbitkan pada 15 Februari2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan