HAS_0546

UPSI, 23 Feb. 2016 –  Pelbagai peristiwa berkaitan isu Islamic State in Iraq and Syria (ISIS) yang berlaku seperti pengeboman di Ankara pada Februari 2016, Pengeboman Jakarta pada Januari 2016, Konflik Arab Saudi – Iran dan Tragedi France menyebabkan dunia memandang negatif kepada umat Islam.

Justeru, bagi menyebarluaskan maklumat berkaitan ISIS, Pusat Islam UPSI menganjurkan Seminar Isu Semasa ISIS : Pejuang @ Petualang pada 23 Februari 2016 bertempat di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning.

HAS_0509 Berdasarkan firman Allah S.W.T  di dalam Al-Quran yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah: 218)”, seminar yang menampilkan dua penceramah iaitu  dari  Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dan Timbalan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brig. Jeneral Haji Nawawi Haji Daud ini menghuraikan konsep jihad yang dilakukan oleh ISIS sama ada ia bertepatan dengan saranan tersebut.

Hadirin didedahkan dengan sejarah penubuhan ISIS, tokoh kepimpinan, ideologi dan matlamat perjuangan, peranan golongan wanita, pengebom berani mati, kegiatan perekrutan, tanda-tanda orang yang  dikesan terlibat dengan ISIS, perkembangan terkini dan pencegahan.

Artikel ini diterbitkan pada 23 Februari 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)