IMG_0832

UPSI, Melaka – Seramai 10 orang Lembaga Pengarah Universiti (LPU), sembilan orang Pengurusan Universiti dan seorang pegawai dari Bahagian Perancangan Korporat serta Bahagian Govenan mengikuti Retreat Lembaga Pengarah Universiti Bersama Pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang diadakan pada 5 hingga 7 Mac 2016 di Hatten Hotel, Melaka.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk memperkasakan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah Universiti selaras dengan elemen-elemen yang digariskan di dalam University Good Governance Index (UGGI), menggariskan tindakan perlaksanaan yang perlu dimainkan oleh LPU UPSI dan pihak pengurusan kanan UPSI dalam usaha untuk menjana kewangan UPSI dan untuk mengkaji semula pencapaian halatuju UPSI bagi tahun 2015- 2016 agar matlamat tersebut bersesuaian serta bergerak selari dengan tatacara outcome based budgeting(OBB).

Antara Isu yang dibincangkan ialah halatuju dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Pengantarabangsaan, penyelidikan dan govenan, penjanaan kewangan, wow factor iaitu pendidikan awal kanak-kanak, ICT, dan modul pendidikan guru, persaingan antara universiti awam dan swasta dan ranking of university.

Iinfo lpu

Artikel ini diterbitkan pada 09 Mac 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)