UPSI-Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi (P&I), Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris dianugerahkan Pingat Bakti Pertahanan Awam (PBP) dalam Majlis Pemakaian Pangkat Dan Penyampaian Watikah Lantikan Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam bersempena Mesyuarat Pengurusan Kor SISWA-SISWI Pertahanan Awam (Kor SISPA) Bil 2/ 2016 yang diadakan di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning baru-baru ini,
Pemakaian pingat dilakukan oleh Yang Amat Setia, Ketua Pengarah Pertahanan Awam, KPj. (PA) Datuk Haji Ogu Salim Umar dan menggunakan gelaran Ketua Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam (PPj Kehormat (PA)) Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris.
Dalam majlis tersebut, Prof. Dato’ Dr. Noraini turut menerima Anugerah Kecemerlangan Pertahanan Awam.
Artikel ini telah diterbitkan pada 28 April 2016.