_MG_9403

UPSI,11 Mei 2016 – Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Mahasiswa Jabatan Pendidikan Tinggi turun padang untuk memberi penerangan kepada warga UPSI berkaitan dengan isu semasa negara.

Majlis yang diadakan di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah dihadiri lebih 300 orang pimpinan mahasiswa.  Program berbentuk interaksi dua hala itu, memberi peluang kepada mahasiswa mendapat penerangan  daripada pihak kerajaan dan bertanyakan soalan tentang isu semasa dan dasar-dasar negara.

Sesi penerangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Perdana Menteri, YBhg. Dato’ Shahlan Ismail. Turut hadir Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr. Sopian Bujang, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Tim. Naib Canselor (HEPA) ACP(K), Prof. Madya Dato’ Dr. Junaidi Abu Bakar, Tim. Naib Canselor (Akademik&Antarabangsa), Prof. Dr. Sahandri Gani Hamzah, Pendaftar, En Mohd Faizi Othman dan pegawai-pegawai kanan universiti.

Artikel ini telah diterbitkan pada 12 Mei 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan