UPSI, 19 September– Seramai 52 orang graduan program Doktor Falsafah bakal digraduatkan dalam Istiadat Konvokesyen UPSI Kali Ke-18 yang akan berlangsung pada 20 September 2016.
Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa berkata, “pada istiadat kali ini UPSI berjaya mengraduatkan 52 pelajar kedoktoran yang paling ramai dalam sejarah UPSI”.
“Saya percaya peningkatan jumlah graduan ini adalah usaha berterusan Institut Pengajian Siswazah (IPS) dalam mencapai objektif kualiti IPS iaitu 20% pelajar tamat pengajian daripada enrolmen semasa,” ucap beliau di Majlis Hi-Tea Graduan Siswazah Sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-18 yang diadakan di Dewan SITC, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris, sejak penubuhan IPS dari tahun 1999, jumlah pelajar mendaftar berkembang setiap tahun.
“Terkini jumlah enrolmen telah mencapai jumlah sebanyak 6,304 orang dengan 5,339 mengikuti pelbagai program sarjana manakala seramai 965 orang pelajar mengikuti program doktor falsafah,” katanya.
“Dengan jumlah 953 orang graduan yang menaiki pentas istiadat konvokesyen pada tahun ini, satu pencapaian yang membanggakan apabila seramai 52 graduan dari program doktor falsafah berjaya menamatkan pengajian mereka berbanding 45 orang graduan pada tahun 2015. Jumlah graduan yang bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan atau GOT pula terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 651 orang pelajar daripada 953 graduan termasuk dalam kategori ini,” katanya.
Majlis Hi-Tea Graduan Siswazah Sempena Istiadat Konvokesyen Kali Ke-18 diadakan bagi meraikan graduan-graduan yang cemerlang kerana berjaya menamatkan pengajian kedoktoran dalam tempoh tiga tahun.
Dalam majlis itu turut diadakan penyampaian anugerah khas kepada graduan cemerlang iaitu Anugerah Bitara bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh tiga tahun dan Anugerah Penerbitan kepada graduan yang berjaya menghasilkan banyak penerbitan yang memberikan impak tinggi. Anaugerah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.
Lapan graduan termasuk seorang daripadanya merupakan pelajar antarabangsa dari Pakistan terpilih menerina Anugerah Bitara. Penerima anugerah menerima wang tunai RM1000.00, plak dan sijil. Manakala bagi empat orang penerima Anugerah Penerbitan menerima wang tunai RM200.00, plak dan sijil.
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Ahli Lembaga Pengarah, Prof. Emeritus Dr. Othman Lebar, Ahli Lembaga Pengarah, En. Ahmad Sani Araby Dato’ Abdul Alim Araby, Pendaftar, En. Faizi Othman dan Dekan Institut Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Mahzan Arshad.
Anugerah Bitara
Saiful Akram Che Cob @ Abd Ghafar
Doktor Falsafah (Pengajian Sejarah Seni)
Noorzaliana Idris
Doktor Falsafah (Pengukuran Pendidikan)
Khairul Faikri Tamrin
Doktor Falsafah (Kepintaran Buatan)
Saveed Javed
Doktor Falsafah (Kejurulatihan Sukan)
Norazlan Hasbullah
Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan)
Allahyarham Anwar Zakaria
Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua)
Nor Dalila Abd Rahman
Doktor Falsafah (Fizik)
Nor Hashimah Abu Bakar
Diktor Falsafah (Pendidikan Matematik)
Anugerah Penerbitan
Norazlan Hasbullah
Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan)
Nor Hashimah Abu Bakar
Doktor Falsafah (Pendidikan Matematik)
Mohd Syahrizad Elias
Doktor Falsafah (Teknologi Instruksional)
Khairul Faikri Tamrin
Doktor Falsafah (Kepintaran Buatan)