DSC_2911

Bera, 11 Mac – Universiti Pendidikan Sultan Idris membuka ruang pameran dan promosi kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk memasuki UPSI sempena program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2017 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Padang Majlis Daerah Bera, Pahang.

Ruang pameran yang diselenggara oleh kakitangan Bahagian Akademik dibuka mulai pukul 8.30 pagi hingga 3.00 petang itu, mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan ibu bapa dan para pelajar.

Selain itu, UPSI yang diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran turut menerima watikah perlantikan sebagai rakan strategi dari Perdana Menteri.

DSC_2941

Program yang bermula dari 11 Mac hingga 8 Mei 2017 mensasarkan tiga matlamat iaitu mencari, mengenal pasti dan membantu pelajar Bumiputera yang telah menamatkan SPM dari 2012 hingga 2016 serta mempunyai keputusan baik atau memuaskan, tetapi tidak mendapat peluang untuk menyambung pelajaran mereka..

Dengan ‘tagline’ #inilahpeluangku, JPB 2017 mensasarkan kehadiran lebih 200,000 pengunjung ke semua 54 lokasi yang telah ditetapkan, dengan matlamat mendapat 100,000 prospek kerana kira-kira 50,000 surat tawaran menunggu mereka yang layak.

Sebanyak 20 IPTA dan 12 kolej kemahiran menyertai JPB 2017, dengan sokongan padu dari Jabatan Perdana Menteri; KKLW; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Maklumat lanjut mengenai program boleh diakses melalui laman sosial, Facebook Page : Jelajah Pendidikan Bumiputera; URL (@jelajahpbofficial), Instagram (@jelajahpbofficialc); Twitter (@JelajahPBd) dan Youtube (Jelajah Pendidikan Bumiputera).

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)