17498891_10155134983431972_6707331997845942527_n

Gambar: Pusat Kebudayaan

UPSI, 25 Mac – Kumpulan Sanggar Kenyalang UPSI berjaya mempertahankan kejuaraan pada Pertandingan Tarian Kreatif Malam Bumi Kenyalang 2017 anjuran Perkumpulan Anak-Anak Sarawak (Perkasa) Universiti Sains Malaysia (USM) yang diadakan pada 24 Mac 2017 di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Penang.

UPSI berjaya mengalahkan tujuh universiti yang bertanding dalam MBK’17 antaranya Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pasukan itu turut dianugerahkan Koreografi Terbaik yang dimenangi oleh Thomas Kana dan Anugerah Kumang oleh Julia Ding anak Marending.

MBK’17 mengetengahkan tarian tradisi etnik Sarawak dari segi pakaian, tarian dan pertandingan Keling dan Kumang. Mengikut Lagenda Kumang dan Keling dalam masyarakat Iban, Keling merupakan lelaki yang mempunyai badan yang tegap, berwajah tampan, dan berani manakala Kumang merupakan isteri kepada Keling yang berwajah cantik, lemah lembut dan pandai dalam semua bidang.

Pertandingan bertemakan ‘Myths and Legends’ ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar USM, Dr. Nazarudin Zainun mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan