UPSI, 9 September _ Seramai 3,180 penuntut UPSI menyertai Fun Run Patriotik 2017 yang diadakan sempena Program Kembara Siswa Patriotik di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
Program bermula seawal pukul 7 pagi dimulakan dengan senaman earobik sebelum peserta dilepaskan untuk acara larian sejauh 8 kilometer yang bermula di padang Utama.
Upacara pelepasan disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Slim River, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Turut diadakan acara berbasikal VVIP sejauh 3 kilometer yang turut disertai oleh Ketua Pengarah Bahagian pembangunan Mahasiswa Kementerian Pengajian Tinggi, Puan Fauziah Mat Din dan Penolong Pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri Negeri perak, Encik Mohd Faizal Illya Mohd Razali.