Oleh: Dr Norhazira Abdul Rahim

TANJUNG MALIM, 9 Januari 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuhkan peranannya dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dengan menganjurkan Karnival Kerjaya Graduan Pengajian Sukan Universiti Awam Malaysia 2025.

Program ini berlangsung di Panggung Percubaan UPSI dan dihadiri oleh kira-kira 300 pelajar program Pengajian Sukan dari pelbagai institusi, termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Suasana Perasmian
VIP dan Peserta yang hadir

Majlis perasmian karnival tersebut disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Prof. Madya Dr. Sharul Effendy Janudin, yang mewakili Naib Canselor UPSI.

Perasmian Karnival

“Sebagai sebuah institusi yang sentiasa mendokong kecemerlangan akademik dan pembangunan modal insan, UPSI amat berbangga menjadi tuan rumah kepada karnival ini.

PM Dr Shahrul – Pengarah EDGE

“Ia menyediakan platform penting bagi pelajar dan graduan untuk berinteraksi dengan wakil industri, membina rangkaian profesional, dan mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia pekerjaan.

Pempamir
Forum Karnival

“Pada situasi masa kini, strategi perniagaan perlu berubah dan pelajar perlu bersifat kreatif mencipta pelbagai bidang perniagaan, memahami bidang tersebut, dan mengkajinya untuk mengembangkan perniagaan itu.” ujar beliau.

Menurut Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Dr. Jaffry Zakaria, penganjuran karnival ini dilihat sebagai suatu usaha UPSI dalam membantu meningkatkan aspek keusahawanan di kalangan pelajar, terutama dalam pengajian sukan.

Dr Jaffry Zakaria – Dekan FSSK
Aktiviti PM Dr Zulezwan

“Melalui kerjasama yang telah terjalin di antara universiti awam yang terlibat, diharapkan matlamat yang dirancang dapat dicapai.

Tambah beliau, karnival ini turut memberi tumpuan kepada kepelbagaian kerjaya dalam industri sukan yang semakin berkembang pesat di peringkat global.

Aktiviti Blok 6
Aktiviti Blok 6 – Dr Ebby

Acara ini turut menonjolkan pelbagai peluang dalam bidang sukan yang melangkaui kerjaya tradisional. Perspektif ini diperkukuhkan melalui forum bertajuk “Revolusi Kerjaya Sukan: Peluang & Cabaran Masa Kini” yang membincangkan isu-isu terkini serta strategi untuk merebut peluang dalam pasaran.

Forum ini menampilkan ahli panel terkemuka, termasuk Profesor Dr. Nur Ikhwan Mohamad dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), En. Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta Pengarah Let’s Play Performance Malaysia, En. Hairul Azmer Yusop.

Aktiviti di Tasik Marina
Aktviti Blok 6 – Prof Dr Ikhwan

Karnival ini turut diserikan dengan kehadiran pempamer di booth pameran, termasuk Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Farmasi Hospital Slim River, Cleva Speda, Go Coach, Excellerate, Medilife Sports, Camp5 (M) Sdn Bhd, Extravaganza Jersey, dan Bolt Events Management. Selain itu, program ini turut membuka peluang kepada warga UPSI dan para peserta untuk menderma darah dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Hospital Slim River.

Pada sesi sebelah petang, peserta berpeluang menyertai aktiviti praktikal berkaitan Sains Sukan, antaranya Endurolift, Core Stability, Sports Massage, Sports Taping, Touch Rugby, Kayak, dan Sesi Persediaan Kerjaya dalam Pendidikan Sains Sukan yang dikendalikan oleh pakar-pakar sains sukan dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI.

Karnival ini merupakan anjuran Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI dengan kerjasama Majlis Ketua Pusat Pengajian Sukan UA Malaysia dan Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (EDGE), UPSI. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan karnival ini. Diharapkan agar para peserta dapat memperoleh pengalaman dan ilmu yang berguna untuk perjalanan kerjaya di masa hadapan.