21319086_10155689108506972_7809896745838857408_o

UPSI, 5 September – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Majlis Pelancaran Buku ‘Yahaya Ibrahim Ikon Pendidikan Negara’ yang diadakan di Dewan SITC.

Menurut Tan Sri Yahaya, pelancaran buku itu merupakan salah satu titik rujukan bidang pendidikan di negara kita yang telah melalui pelbagai bentuk transformasi bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.

“ Tidak dapat dinafikan saya berasa amat bertuah kerana diberi peluang serta ruang untuk berkongsi pengalaman saya bermula dengan hanya seorang anak kampung Bagan Jembal.  Walaupun kehidupan pada ketika itu amat sederhana namun rasa cinta saya pada ilmu ditambah dengan cita-cita ingin mendidik anak bangsa dan mencurah bakti pada negara telah memberi semangat pada saya untuk terus berjuang menuntut ilmu sehinggalah ke Kirkby College dan Singapore Teacher’s Training College (STTC),”.

“ Pendidikan sememangnya penting dalam pembangunan sesebuah negara dan merupakan salah satu tunjang utama dalam kemajuan negara. Namun begitu, pendidikan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kini menjadi satu asas utama yang harus diberi perhatian di negara kita,” katanya.

Tambah beliau, keupayaan untuk berfikir dengan lebih rasional dan kreatif memerlukan pendidikan yang seimbang dan disinilah dimana para pendidik iaitu guru harus memainkan peranan yang amat signifikan.

Sepanjang karier saya sebagai seorang pendidik, saya sentiasa berpegang kepada prinsip iaitu ‘berkhidmat kepada masyarakat sepanjang hayat’.  Setiap ilmu yang saya perolehi saya kongsikan kepada masyarakat atas satu tujuan iaitu ingin melahirkan modal insan yang berkualiti.

Saya sentiasa percaya bahawa negara kita akan terus maju terutamanya dalam bidang ekonomi sekiranya modal insan ini dibentuk dan dididik sejak dari awal lagi.

Buku setebal 166 muka surat hasil penulisan A.Halim Ali, Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan, dan Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain adalah sebagai tanda penghargaan kepada Pro-Canselor UPSI,  Tan Sri Yahaya Ibrahim yang banyak menabur bakti sejak awal penubuhan institusi ini.

Turut berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim merangkap Canselor UPSI dan adinda Sultan Nazrin, Raja Dato’ Seri Eleena Almarhum Sultan Azlan Shah.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)