PIC 1

UPSI, 8 Ogos _ Dua buah kedai, UPSI Preloved Shoppe dan UPSI Shoppe kini dibuka di Bitarasiswa, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Shatar Sabran berkata, melalui penubuhan kedai tersebut, akan merealisasikan hasrat untuk menambah nilai pelajar-pelajar UPSI namun katanya, proses melahirkan seorang usahawan, bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

“Cabaran ini menjadi semakin hebat dengan keadaan ekonomi global yang tidak stabil pada ketika ini. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif untuk melahirkan usahawan semata-mata tetapi perlu juga memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk membentuk usahawan yang berkualiti dan mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi,”.

“Untuk itu, para usahawan yang akan lahir dari bimbingan UPSI perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan tetapi juga dari segi kekuatan mental dan kerohanian bagi mengharungi cabaran dan persaingan dunia keusahawanan sebenar yang semakin kompetitif,” katanya pada Majlis Perasmian UPSI Shoppe dan UPSI Preloved Shoppe.

Penubuhan UPSI Preloved Shoppe dan UPSI Shoppe adalah antara 16 “way forward” UPSI yang telah dibentangkan dalam Amanat Naib Canselor 2017 pada 18 April yang lalu sekaligus akan menghidupkan dan meremajakan bangunan Bitarasiswa.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Prof. Mayda Dr. Md Amin Md Taff berkata, UPSI Preloved Shoppe merupakan kedai yang tidak berasaskan keuntungan dengan mengambil konsep “membeli/memberi sambil menderma dan semua warga UPSI dialu-alukan untuk menyumbang pakaian, barangan elektronik, buku dan bahan bacaan, perhiasan diri serta keperluan rumah kepada kedai itu.

“Barangan ini akan dijual pada harga yang amat berpatutan kepada semua warga UPSI dan sekitarnya dan semua hasil keuntungan akan didermakan kepada mereka yang memerlukan melalui badan kesukarelawanan seperti UPSI ResQ Team, Kelab Fasi Bitara, UPSI Care & banyak lagi,”.

“Apa yang menariknya kedai ini dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan tanpa sebarang bayaran,” katanya.

UPSI Shoope pula bakal memberi manfaat kepada golongan staf dan pelajar dari pelbagai sudut seperti mempamerkan produk, menjual produk dan akhirnya mengkormesilkan produk-produk UPSI.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)