22893954_1460189287434572_2454012457534058263_n

Putrajaya 31 Oktober – Pembantu Operasi,  Encik Nordin Yahaya, dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) menjadi kakitangan UPSI pertama menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) dari Kementerian Pendidikan Tinggi tahun 2016.

En Nordin  menerima anugerah yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Idris Jusoh pada Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2017 KPT yang diadakan di Marriot Hotel, Putrajaya.

Beliau menerima anugerah itu atas sumbangan mengharumkan nama UPSI dan KPT melalui sukan golf sekaligus membawa pulang hadiah berupa Sijil Penghargaan, pingat dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)