2

UPSI, 14 Nov – Bagi menyebarluaskan bidang keusahawanan agro, Kelab MyAgrosis dengan kerjasama Agrobank, Pusat Keusahawanan dan Keboleh Pasaran Graduan (EDGE), UPSI dan Kementerian Perindustrian dan Asas Tani mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Keusahawanan Chillax TN50 & Mybest Buy dan Majlis Perasmian K-Shoppe Myagrosis.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Profesor Madya Dr. Md Amin Md Taff berkata, pelaksanaan program-program seumpama itu adalah penting dalam memastikan kelangsungan proses melahirkan mahasiswa UPSI yang cakna terhadap kepentingan serta keperluan keusahawanan dan belia di mana mahasiswa perlu mencari peluang untuk menjadi usahawan walaupun masih belajar di IPT kerana ia adalah satu peluang kepada mahasiswa menjana pendapatan apabila tamat belajar.

“Industri agro adalah satu  industri yang besar justeru mahasiswa perlu membuka minda bahawa pertanian hari ini bukan sahaja melibatkan aktiviti bercucuk tanam sebaliknya melalui industri agro yang moden seiring dengan ledakan  industry 4.0 dan education 4.0 tidak mustahil kita dapat mencipta industri pertanian bernilai jutaan ringgit,” katanya dalam majlis yang berlangsung di Perkarangan Bitarasiswa.

Hadir sama Timbalan Pengarah FAMA Negeri Perak, Mohammad Fatimie Mohd Fuzi, Pengurus Agrobank Cawangan Tanjong Malim, Marnita Abd Ghani dan Penasihat Myagrosis UPSI, Abu Bakar Mamat.

Bagi menyampaikan maklumat, satu perkongsian oleh pihak Agrobank bertajuk ‘Belia Terdidik Mencermin Transformasi Negara’ oleh Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Produk Agrobank, Mohd Azmi Yahya  bertujuan untuk membuka saluran kepada mahasiswa UPSI dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat untuk khususnya menghidupkan industri agro kepada penduduk sekitar Tanjong Malim.

Turut diadakan Pertandingan Rekacipta & Inivasi Kreatif , Bicara Anak Muda Bersama PU Fakhril, Program Townhall Keusahawanan” Buka Minda Tingkatkan Minat’ , Karnival Keusahawanan My Best Buy Explorace Tani Plantation For Life, Pertandingan Ukiran Buah-Buahan, Jombo Mega Sale Preloved Shoppe UPSI  dan Pertandingan Memasak Jaguh Kampung Agromas.

Agrobank dan FAMA turut memberi tajaan bernilai RM25,000. kepada UPSI.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)