Oleh : Akma Nasir
UPSI, 27 November– Seramai 102 peserta melibatkan 85 buah motosikal menyertai konvoi yang diadakan bersempena Kempen Keselamatan Jalanraya UPSI 2017.
Timbalan Naib Canselor Hal ehwal pelajar & Alumni, Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff berkata, konvoi yang dimulakan dari Dewan Tuanku Canselor hingga ke Bangunan Bitarasiswa ,
“Konvoi Kempen Keselamatan Jalan Raya ini mendapat penyertaan tinggi majoritinya daripada kalangan pelajar dan staf UPSI. Dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim serta pihak Bahagian Keselamatan UPSI, kelancaran dan keselamatan konvoi ini lebih terjamin,” katanya pada majlis perasmian yang diadakan di Bangunan Bitarasiwa, UPSI.
Tambah beliau, sebelum kempen itu dilancarkan, video mengenai kempen telah dimuat naik di laman-laman sosial dan edaran flyers telah dibuat bagi memupuk kepentingan menjaga keselamatan jalanraya di kalangan warga kampus.
Kempen tersebut akan diteruskan sehingga 30 November 2017 dengan pelbagai aktivti yang telah dirancangkan.
Sementara itu, Pengarah Program, Cik Aimi Farizah Roslan berkata, tujuan utama Kempen Keselamatan ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga kampus tentang pentingnya menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya dan salah satu usaha yang dilakukan untuk mengubah sikap pengguna jalan raya.
“Selain itu, kampen ini juga dijalankan adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Beliau berharap dengan adanya kempen seperti ini pengguna jalan raya terutamanya warga kampus akan lebih berhati-hati,” katanya.