23472311_1550260818391232_606242902387320118_n

Tanjong Malim, 1 Disember – Universiti Pendidikan Sultan Idris mencipta sejarah apabila menjadi universiti pertama Asia yang mempunyai Adventure Park iaitu taman rekreasi yang mempunyai kemudahan challenge rope course dengan teknologi terkini bagi aktiviti lasak melibatkan ketinggian yang bakal beroperasi pada Januari tahun hadapan.

Penyelaras Sukan dan Permainan, Pusat Kokurikulum Dr. Mazuki Mohd Yasim berkata, UPSI Adventure Park adalah merupakan adventure park pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Zip Stop bagi operasi aktiviti flying fox yang mana sistem mekanikal ini digunakan bagi menghentikan peserta yang melakukan aktiviti flying fox tanpa kawalan instruktor dengan selamat.

UPSI juga mencipta rekod kerana menjadi universiti pertama di Asia yang menggunakan Continuous Belay System jenama Koala iaitu sistem keselamatan canggih yang digunakan untuk menyokong keselamatan pengguna pada setiap tiang/elemen tanpa perlu membuka tali keselamatan yang terdapat pada kabel apabila pengguna bergerak dari satu elemen ke elemen yang lain.

Sekaligus menjanjikan kepuasan maksimum kepada pengguna tanpa mengabaikan aspek keselamatan untuk aktiviti tali tinggi, katanya.

Tambah beliau, Training of trainer (TOT) bagi mengendalikan adventure park telah selesai dijalankan dengan kerjasama Malaysia Challenge Course Association (MCCA) dan Petzl Malaysia bagi pengendalian keselamatan dan operasi secara keseluruhan.

Kemudahan bernilai RM800, 000, yang menggunakan teknologi termoden buatan Perancis ini merupakan idea asal Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff dan usaha merealisaikan taman ini diteruskan oleh mantan Pengarah Pusat Kokurikulum, Dr. Azali Rahmat.

Penggemar aktiviti lasak bakal disajikan dengan 13 aktiviti santai mahupun yang mencabar iaitu aktiviti tali tinggi 6 meter, aktiviti tali tinggi 3 meter, wall climbing, speed climb, abseiling, flying fox, rentas halangan, berkhemah, trekking, interpretasi rentis, lawatan ke air terjun, berkayak dan basikal lasak.

Pada masa hadapan, kemudahan yang dikendalikan oleh Pusat Kokurikulum ini mensasarkan untuk menjadi sebuah institut rekreasi Malaysia yang akan menjadi rujukan dan pusat pengembangan bidang rekreasi di Malaysia. Pada bulan Januari ini, UPSI Adventure Park akan dikomersilkan kepada orang awam dan akan dapat menampung sehingga 200 orang pada satu-satu masa.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)