DR. SYED SOFIAN BERSAMA TETAMU VIP SEMASA PERASMIAN PEMBUKAAN

Tanjung Malim, 10 Oktober – Sebanyak 32 penggerai dan 10 penggerai dari Institut Pengajian Tinggi Negeri Perak menjayakan Karnival Keusahawanan IPT Negeri Perak yang diadakan bersempena Bulan Keusahawanan Siswa Oktober 2017 di Kolej Ungku Omar.

Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Dr. Mazura@Mastura Muhammad berkata, aktiviti yang berlangsung selama empat hari bermula 10 hingga 13 Oktober itu merupakan salah satu platform bagi melahirkan pelajar UPSI yang mampu menjadi seorang usahawanan yang berjaya dan berkualiti.

“Karnival ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada peniaga dan pelajar IPT untuk menimba ilmu keusahawanan  malah mempraktikkan kemampuan mereka berniaga untuk menjana  pendapatan.

“Selain menyediakan pelbagai jenis gerai jualan dan perkhidmatan, kemeriahan karnival turut diserikan dengan slot Forum Islamiah dengan menampilkan Mantan Juara Pencetus Ummah kedua iaitu Ustaz Azman dan Da’i Wan sebagai panel utama sekaligus berjaya menarik perhatian para pelajar dan masyarakat di Daerah Mualim,” katanya.

Tambah beliau,  karnival itu mendapat manfaat yang besar apabila dua orang ahli perniagaan turut hadir bagi  berkongsi rahsia dan panduan kejayaan mereka melalui slot Talkshow iaitu,  Pengasas Norah Organic Hair Removal, Noorain Mohd Said dan Manager Director, APG Plantation Sdn. Bhd, Encik Dzarul Hafiz yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian berkonsepkan “Blue Ocean Strategy” sehingga membuat perubahan kepada jenis tanaman di Malaysia dengan membawa masuk Pokok Tin ke Malaysia.

Karnival Keusahawanan IPT Negeri Perak disempurnakan oleh Pengetua Kolej Aminuddin Baki, Prof. Madya Dr. Syed Sofian Haji Syed Salim. Hadir sama, Penyelaras EDGE, Dr Shahrul Efendy Janudin dan Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Dr. Zainizam Zakariya.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung ialah Running Man, Sukan Terbuka, Open Dancing, Glow Zumba, Glow Run, Sukan Rakyat, Karaoke Terbuka dan Majlis Penutup dari persembahan artis.

Program yang dianjurkan oleh EDGE bersama  Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus melabuhkan tirai pada malam akhir dengan mengadakan konsert persembahan artis iaitu Jayjay dengan membawa lagu-lagu era 80-an dan telah menarik perhatian warga UPSI serta penduduk Tanjung Malim.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan