UPSI, 9 September – Muzium Pendidikan Nasional UPSI diberi kepercayaan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) buat pertama kalinya untuk mengadakan Pameran Pau bersempena Pesta Pau Muallim 2017 yang diadakan di Balai Lintang Muallim, Tanjong Malim.
Pameran yang mengandungi 8 buah panel ini menceritakan sejarah pau dan cara-cara pembuatan pau sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat bahawa pau merupakan salah satu produk pelancongan berkonsepkan makanan di Tanjong Malim.
Melalui pameran itu juga, para pengunjung dibawa menelusuri sejarah penciptaan Pau dan seterusnya menghuraikan asimilasi pembuatan kuih Pau dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.
Para pengunjung turut didedahkan dengan pelbagai variasi kuih pau, kaedah pembuatan pau, mesin dan teknologi pembuatan Pau. Melalui pesta itu juga pengusaha-pengusaha pau halal tempatan dan pelbagai jenis variasi pau yang wujud di Malaysia berjaya diperkenalkan kepada masyarakat.