Tanjong Malim, 9 September – Seramai 3,180 penuntut UPSI menyertai Fun Run Patriotik 2017 yang diadakan bersempena Program Kembara Siswa Patriotik 2017 di Padang Utama.
Program seawal pukul 7 pagi itu dimulakan dengan senaman aerobik sebelum acara pelepasan peserta disempurnakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Slim River, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.
Dalam program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Pusat Sukan, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan itu, turut disertai oleh Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa KPT, Pn. Faudziah Mat Din, Penolong pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri, Negeri Perak, En. Mohd Faizal Illya Mohd Razali dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Antarabangsa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Madya Dr. Md Amin Md Taff.