UPSI, 7 April – Buat julung kalinya UPSI menggabungkan Karnival Sukan Staf (KIESTA) Kali Ke-10 dan Sambutan Hari Keluarga UPSI 2018 bagi meraikan seluruh warga termasuk ahli keluarga dalam majlis Perasmian Karnival Sukan Staf UPSI (KIESTA) & Hari Keluarga UPSI 2018 yang berlangsung di Stadium.
Pendaftar, Hajah Zainab Othman berkata, setelah lebih 10 tahun UPSI tidak mengadakan hari keluarga sebegitu, UPSI pada kali ini dengan kerjasama semua kesatuan dan persatuan di UPSI bergandingan mengadakan sambutan tersebut kembali.
Beliau berharap agar semua kontijen yang bertanding dapat berjuang sehingga ke akhir dan menaikkan semangat kepada para atlet supaya dapat bersedia untuk mengadapi Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) kali-43 yang dijangka berlangsung pada bulan Ogos ini.
Sementara itu, Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, dalam ucapan perasmian majlis itu berkata, melalui sukan ini bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah persahabatan antara semua warga UPSI kerana jika tidak bersatu tidak mungkin UPSI boleh mencapai impian menjadi Universiti No.1 Pendidikan.
“Semoga sambutan kali ini dapat mengeratkan ukhuwah bersama serta dapat meningkatkan pretasi kerja demi menjadikan UPSI sebagai Universiti No.1 Pendidikan,” katanya.
Dalam KIESTA kali ini sebanyak 116 emas, 116 perak dan 141 gangsa melalui 21 acara dipertandingkan antaranya karom, badminton, olahraga, lontar peluru, rejam lembing, berbasikal dan kayak.
Dalam pada itu, Aminuddin Baki dinobatkan Johan Perarakan Kontijen Terbaik, tempat kedua diungguli Za’ba dan tempat ketiga dimenangi oleh Kapten Yazid, manakala acara tarik tali dimenangi oleh Ungku Omar.
Turut diadakan acara sukaneka sempena sambutan Hari Keluarga UPSI 2018 .