UPSI, 3 Julai – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Perak dan Persekutuan Catur Malaysia (MCF) menganjurkan MCF-UPSI Malaysia Chess Close Tournament 2018 bertempat di Panggung Percubaan.
Timbalan Presiden MCF, YM Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Husin berkata, kejohanan tersebut merupakan salah satu agenda penting dalam kalender catur Malaysia bagi membuat pemilihan pemain dari Malaysia untuk diketengahkan ke Pertandingan Kejuaraan Olimpik Ke-43 (World Olympiad) yang akan berlangsung di Batumi, Georgia pada bulan September ini.
“Kita akan menghantar seramai lima orang iaitu tiga daripada pemain dipilih menerusi pertandingan pada hari ini. Kejuaraan Olimpik amat penting kerana ia berlangsung empat tahun sekali, dan akan disertai oleh 185 buah negara, katanya pada Majlis Penutupan MCF-UPSI Malaysia Chess Close Tournament 2018.
Tambah beliau, MCF menyokong sumbangan yang diberikan oleh UPSI dan berhasrat menjadikan UPSI sebagai pusat kecemerlangan sukan catur di Malaysia bagi melahirkan pemain handalan daripada kalangan pelajar universiti.
Dalam pertandingan yang berlangsung pada 28 Jun hingga 3 Julai itu, seramai 85 pemain terbaik dari semua negeri berentap bagi menentukan pemain terbaik kebangsaan kategori terbuka dan perempuan.
Hadir sama, Pengarah Pusat Sukan, En. Mohammad Faeez Mohamad Alias, Setiausaha MCF, En. Sofian Ahmad Yusof dan Setiausaha Persatuan Catur Negeri Perak, En. Abu Bakar Martin.
Senarai Pemenang:
Kategori Wanita
- Tan Li Ting (Kuala Lumpur)
- Alia Anin Azwa (Melaka)
- Nithyalakshmi Sivanesan (Negeri Sembilan)
Kategori Malaysia
- Fong Yit San (Perak)
- Lim Zhuo Ren (Selangor)
- Lye Lik Zang (Kuala Lumpur)
Kategori IPTA Wanita
Chin Shun Yi (Kuala Lumpur)
Kategori IPTA Terbuka
Profesor Madya Dr. Mohd Haizal Jamaluddin (UTM, Johor)
Pasukan Terbaik Wanita
- Kuala Lumpur
- Pulau Pinang
- Selangor
Pasukan Terbaik Terbuka
- Pulau Pinang
- Selangor
- Johor
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan
UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Educatation