Kuala Lumpur, 17 Ogos – Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran dianugerahkan pangkat Kolonel (Kehormat) Askar Wataniah (AW) pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera yang berlangsung  di Wisma Transit Kuala Lumpur. Pelantikan itu berkuatkuasa 23 Ogos 2017 dan beliau turut dilantik sebagai Komandan Palapes UPSI.

Dalam upacara yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim itu, pemakaian pangkat didahului oleh Brigadier Jeneral Dato Hj Fadzil Tajudin yang dinaikkan pangkat ke pangkat Mejar Jeneral berkuatkuasa 13 Ogos 18 dan menjawat jawatan sebagai Panglima Markas 31 Bgd, manakala Brigadier Jeneral Dato Pahlawan Hj. Ahmad Nasir Abd Rahman dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral berkuatkuasa 5 Julai 18 dan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah MK ATM – BPKP.

Hadir sama Lt Jen Dato’ Yaakop Koming, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan dan Ketua-ketua B/C/J.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Educatation

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)